7 D A Y S

150 9 0
                                    

Ep0:

How Can I Love The Hearbreak,
You Are The One I Love |
AKMU

" Kita putus " kata seorang pelajar lelaki. Matanya melihat pelajar perempuan yang berada di hadapannya.

Riak wajah gadis itu kelihatan agak pucat. Mungkin terkejut mendengar kata-katanya sebentar tadi.

" T-Tapi kenapa?, " soal gadis itu seolah-olah tidak berpuas hati. Bibirnya bergetar-getar ketika mengucapkan ayat tersebut.

Dia tidak menyangka hubungan cinta mereka berakhir pada hari ini. Secara tiba-tiba pula itu.

Rasanya sepanjang mereka bercinta, tiada pula lelaki itu menyuarakan ketidakpuasan hati kepada dia. Mereka juga tidak pernah bergaduh sepanjang tempoh hubungan ini terjalin.

I've loved you to death,

but in the end I did not die

When I take in a deep breath,

the air I exhale becomes a sigh

Lelaki itu memberikan senyuman sinis kepada gadis itu. Mukanya dihadapkan ke arah lain. Sambil-sambil itu, kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

" Aku dah bosan dengan kau, " balas pelajar lelaki itu.

Mulut pelajar perempuan terbabit hampir ternganga mendengar jawapan daripada lelaki itu.

Sudah bosan?

Heh,
Alasan yang paling tidak masuk akal sekali.

" Takkan semudah itu Jinyoung?, " soal gadis itu lagi. Dia seakan-akan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Jinyoung.

Mata gadis yang berambut panjang itu tetap merenung Jinyoung. Dia mahu lelaki itu berterus terang dengannya mengapa secara tiba-tiba dia mahu putus.

Again, I'm comforting myself

Always nervous if you're gonna leave me

I just want you to stay

In your expressionless face that's getting

more and more dull

" Yes, love is harder but break-up is easier, " tutur Jinyoung tanpa silap.

Gadis itu mengeluh perlahan.

Dia buntu.
Apa yang membuatkan Jinyoung berubah secara tiba-tiba?

" Jinyoung, " kata gadis itu perlahan. Suaranya mendayu-dayu berharap agar Jinyoung menarik balik perkataan putus itu.

I didn't mean to date just to cry together

(tearing up)

I didn't mean to create memories to be

left with pain

" Eunsoo, enough. We already break-up, " ujar Jinyoung. Matanya kembali memandang gadis yang bernama Eunsoo itu tanpa perasaan.

Eunsoo menundukkan wajahnya ke bawah, tidak sanggup untuk melihat wajah Jinyoung.

[C] 7 Days | JinyoungWhere stories live. Discover now