7

81 6 5
                                    


Bonus Ep:

Draw you |
D1CE

Beberapa hari kemudian,

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu rumah Jinyoung diketuk berulang kali oleh Nayeon. Kedua-dua tangannya dipenuhi dengan barang yang hendak diberikan kepada lelaki itu.

Setelah beberapa minit, pintu rumah dibuka oleh seseorang. Terpacullah muka Jinyoung di muka pintu rumah itu.

Jinyoung mengerutkan dahinya. Pelik dengan kehadiran Nayeon di situ. Badannya disandarkan pada pintu. " Nak apa? " soalnya tanpa perasaan.

Sejak Eunsoo pergi ke Itali, dia tiada perasaan mahu berbual dengan sesiapa. Lagi pula, sudah lama dia tidak hadirkan diri ke sekolah. Jadi, dia tidak mengetahui sebarang perkara yang terjadi di sekolah.

Nayeon terus menyerahkan sebuah buku beserta sehelai kertas lukisan yang sudah bergulung. " Ambillah " arah Nayeon dengan lembut.

Jinyoung memandang barang yang dihulurkan kepadanya sambil menjongketkan sebelah keningnya. " Apa itu " soal Jinyoung tanpa berniat mahu menyambut huluran daripada Nayeon. Tangannya disilangkan pada dada.

" Eunsoo suruh bagi pada sunbae."

Jinyoung segera mengambil buku dan kertas lukisan tersebut. " Maaf lambat bagi. Ingatkan sunbae akan datang ke sekolah dalam masa yang terdekat. Rupa-rupanya, sunbae tak datang langs- "

Jinyoung segera menutup pintu rumahnya tanpa sempat Nayeon menghabiskan ayatnya. Dia segera melangkah masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung di meja belajar.

Buku yang diberikan oleh Nayeon sebentar tadi dibuka.

Tertulis perkataan eunsoo's di situ menandakan buku ini milik Eunsoo. Matanya kemudian tertacap pada sekeping kad kecil yang terdapat pada muka surat pertama buku itu.

Kad tersebut dibuka.

I'm falling into your eyes
I feel each and every part of you
I can't stop this feeling
I won't ever let go
Call me with your voice
-eunsoo

Setelah kad itu dibaca, Jinyoung mula menyelak halaman buku itu satu persatu. Sambil-sambil itu, dia membaca perkara-perkara yang ditulis oleh Eunsoo di dalam buku itu.

Pembacaannya terhenti apabila tiba di muka surat yang tertulis peristiwa ketika mereka berpisah. Secara tiba-tiba, hatinya berasa sebak.

Semakin lama, dadanya semakin sesak. Akhirnya, air matanya jatuh di pipi.

Jinyoung menutup buku diari itu setelah habis baca. Kini, tangannya mencapai pula sehelai kertas lukisan yang dihantar oleh Nayeon tadi.

Gulungan kertas tersebut dibuka. Terpaparlah lukisan gambarnya di atas kertas itu.

Jinyoung melihat lukisan itu lama. Kemudian matanya tertacap pada sebuah nota yang terdapat di tepi belah kiri lukisan.

Jinyoung-ahh
Maaf kalau saya tak sempurna
I know
Bunga bukan sekuntum
Sebab tu awak bercinta
dengan Areum.
Be happy
:)

Jinyoung memegang dadanya yang terasa sakit teramat. Dia menangis teresak-esak di situ.

" Aniya. Awak silap Eunsoo. Walaupun bunga berkuntum-kuntum. Tapi awak tetap berada di hati saya "

Without you

I'm meaningful without you

° ° ° ° ° °

The end

Thank you kepada semua yang sudi menyokong cerita sedih + mengarut + merapu ni. Saya sangat-sangat menghargainya.

I know ramai yang tak berpuas hati dengan penamat cerita ni. Tapi saya dah berusaha sehabis baik untuk membuat cerita ni.

Dan akhirnya, beginilah penamatnya.
Ehehehehe

xoxo,
milkyways22_





[C] 7 Days | JinyoungWhere stories live. Discover now