N

53 6 0
                                    


Ep5:

Love Scenario |
Ikon

We were in love
We met and became a memory that can't be erased

Hari ini Eunsoo tidak pergi ke sekolah. Dia hanya terperap dan termenung di dalam bilik. Keluar dari bilik untuk makan pun tidak. Perkara ini membuatkan Tuan Kim, Puan Kim serta Taehyung risau.

Sudahlah malam tadi, Eunsoo hanya menjamah sedikit makanan sahaja. Mereka takut jika penyakit gastrik Eunsoo menjadi semakin teruk.

Tuk! Tuk! Tuk!

Taehyung mengetuk pintu bilik Eunsoo berkali-kali untuk masuk ke dalam bilik Eunsoo. Dia mahu menghantar makanan kepada gadis itu.

Akibat tiada balasan dari dalam, Taehyung bertekad mahu masuk ke dalam bilik Eunsoo. " Eunsoo, aku masuk tau " pinta Taehyung. Tombol pintu dipegang dan dipusingkan. Pintu ditolak ke dalam.

Terpaparlah badan Eunsoo yang sedang membelakanginya. Gadis itu kelihatan sedang melihat pemandangan di tingkap atau lebih tepat lagi termenung. Dulang yang berisi semangkuk bubur diletakkan pada meja yang berdekatan.

Kemudian, dia berjalan menghampiri Eunsoo. Badan Eunsoo ditarik agar berhadapan dengan dirinya. Eunsoo hanya mengikuti sahaja apa yang Taehyung mahu dia lakukan.

Mata Taehyung merenung wajah Eunsoo yang sedikit pucat itu. Matanya sembab. Mungkin banyak menangis barangkali.

Jari Taehyung menyentuh dagu Eunsoo mengarahkan gadis itu memandang wajahnya. " Hey, don't be sad. You still have me and my parent " pujuk Taehyung. Dia mengukirkan senyuman untuk menggembirakan hati Eunsoo.

Eunsoo mengangguk perlahan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya seakan-akan dia melepaskan masalah yang terbuku di hatinya ini. Senyuman yang nipis cuba yang diukirkan hanya untuk menyedapkan hati lelaki di hadapannya ini.

Walhal dalam hatinya, dia masih menyimpan perasaan yang tersangatlah sedih.

Sedih dengan Jinyoung masih belum hilang. Kini ditambah pula dengan kematian omma dan appanya.

" Are you okay now? " soal Taehyung prihatin. Eunsoo menganggukkan kepalanya. " I'm okay " balas Eunsoo. Senyuman yang lebar diukirkan.

Tipu.
Kau tak okay, Eunsoo.

What I said was a lie

it was a lie, a lie, a lie

" Okay, kalau macam tu, aku nak kau makan sekarang " Arah Taehyung. Bubur yang tadi diletakkan di atas meja diambil dan diberikan kepada Eunsoo.

Secara perlahan-lahan, Eunsoo menyuapkan bubur tersebut ke dalam mulutnya.

• • • • •

" Kau nak bawa aku pergi mana ni Taehyung? " soal Eunsoo berkali-kali apabila kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi milik keluarga Kim berjalan menyusuri jalan raya.

Soalan Eunsoo tidak dijawab oleh Taehyung. Sebaliknya lelaki itu, begitu fokus bermain dengan telefonnya.

Eunsoo terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Buat apa bercakap dengan orang yang tak mahu melayannya. Lebih baik melihat pemandangan di luar tingkap yang mampu menghilangkan tekanan dalam dirinya.

Kereta yang dipandu secara perlahan-lahan berhenti di sebuah taman permainan. Eunsoo agak keliru mengapa kereta tersebut berhenti di sini.

Taehyung keluar dari kereta menyebabkan Eunsoo mengikuti perbuatannya juga.

Eunsoo berdiri di sebelah Taehyung. Mereka berdua berjalan beriringan di taman permainan tersebut.

" Kau ingat tak dulu, kita selalu bermain di taman ni pada setap hari " cerita Taehyung, cuba untuk mengembalikan kisah silam mereka berdua ketika kecil.

Eunsoo menganggukkan kepalanya dengan teruja. " Mestilah aku ingat. Tapi lepas kau pindah Busan, aku dah tak main kat taman ni lagi, " Eunsoo mula membuka cerita. Mukanya kelihatan gembira sekali apabila dapat bercerita dengan Taehyung.

" Kau tahu tak, aku sedih sangat bila dapat tahu kau pindah ke Busan. Secara tiba-tiba pula tu. Dua hari dua malam aku menangis sebab terpaksa berjauhan dengan kawan baik aku ni " cerita Eunsoo lagi. Matanya bersinar-sinar apabila menceritakan kisah silamnya terhadap Taehyung. Taehyung tersenyum mendengar cerita Eunsoo.

Dia gembira kerana strateginya untuk membuat Eunsoo membuka mulut berjaya.

Mereka berdua melabuhkan punggung di tempat duduk yang berdekatan. Taehyung menolehkan kepalanya memandang Eunsoo. Rambut milik Eunsoo disentuh dan diselitkan pada telinga gadis itu.

" I'm happy to see you like this, baby girl. Aku tak biasa dengan diri kau yang sedih dan muram. It's hurt me " adu Taehyung.

Eunsoo kembali diam. Senyumannya mulai pudar. " There's a lot of problems yang terpaksa saya hadapi seorang diri. You just can't understand me "

" You can overcome all of your problems with me. I don't care about it all as long as I can see your smile again " cadang Taehyung. Tangan milik Eunsoo dicapai dan digenggam.

" Let's live in Italy and forget about all of your problems "

❏ ❏ ❏ ❏ ❏

chaeun night diaries

It's been sixth day
and I think I give up.

Esok aku dan keluarga Taehyung akan berpindah ke Itali. Dan kemungkinan besar, aku takkan kembali ke Korea selepas ini.

I don't want to come back.
It makes me really hurt.

xoxo,
chaeunsoo

• • • • •

To Be Continued

[C] 7 Days | JinyoungWhere stories live. Discover now