E

52 8 1
                                    

Flashback

Buk!

Badan Eunsoo terdorong ke hadapan apabila seseorang telah melanggarnya daripada belakang.

Dia menolehkan kepalanya ke belakang. Terpapar wajah Jinyoung di hadapan matanya.

Lelaki itu menggaru kepalanya. Dia kelihatan agak gementar sekali.

" Sorry, " kata Jinyoung. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Mungkin kerana rasa bersalah yang bertapa di dalam dirinya.

Dia hampir membuatkan Eunsoo, gadis yang menjadi pujaan hatinya selama ini jatuh tersembam pada lantai.

Eunsoo tersenyum kecil mendengar permohonan maaf Jinyoung itu. Dia kemudian menggelengkan kepalanya perlahan.

" It's okay, saya tahu sunbae tak sengaja. Lagipun kemalangan kan sentiasa boleh berlaku " balas Eunsoo.

Jinyoung akhirnya memberanikan diri mengangkat kepalanya memandang Eunsoo lalu matanya merenung mata gadis itu.

Secara tiba-tiba hatinya berdebar dengan kencang.

Feels like time has stopped

You're always on my side

It's like I'm dreaming

Adakah ini yang dinamakan cinta?

• • • • •

Ep2:

Empty |
Winner

Eunsoo mengeluh buat kesekian kalinya. Hari ni, hari ketiga projek untuk memikat Jinyoung kembali. Tetapi proses untuk memikat lelaki itu langsung tidak dilakukan olehnya.

Adakah silapnya kerana meminta tujuh hari daripada lelaki itu?

Mengapa dia tak minta sebulan sahaja terus. Kan senang.

Aishhh, pabo Cha Eunsoo!

Mata Eunsoo hanya merenung loker milik Jinyoung yang menjadi tatapan matanya sejak dari tadi.

Sticky notes yang berada di tangannya dilihat seketika. Kemudian, matanya beralih kembali pada loker Jinyoung.

Eunsoo mengeluh lagi. Kali ini keluhan yang teramat berat.

Dia teragak-agak untuk melekatkan sticky notes itu pada loker Jinyoung.

Dia bukannya seorang gadis yang memerlukan perhatian lelaki sampai perlu terhegeh-hegeh untuk seseorang lelaki perasan akan kehadirannya.

Dia cuma menjadi dirinya sahaja. Seorang yang penakut.

Akhirnya sticky notes itu dironyokkan dan dicampakkan di situ juga.

I'm an empty shell, a coward without you

People around me look at me with pity

[C] 7 Days | JinyoungWhere stories live. Discover now