V

55 6 0
                                    


Flashback

" Baiklah acara larian 100 meter akan bermula sebentar sahaja lagi. Para peserta sila bersedia "

" Dari kanan wakil rumah biru, Min Yoongi. Byun Baekhyun, wakil bagi rumah kuning. Ong Seongwoo, rumah hijau dan Park Jinyoung dari rumah merah "

Jinyoung memanaskan badannya buat seketika begitu juga dengan para peserta yang lain. Sambil-sambil itu matanya berkeliaran mencari kelibat seseorang.

Dia mengeluh kecil apabila kelibat gadis itu langsung tidak dilihatnya.

" on your mark "

Jinyoung dan para peserta yang lain berada di posisi mereka masing-masing. Mereka sudah bersedia untuk berlari!

" Ready "

" Set "

" Go "

Jinyoung segera membuka langkah seribu. Matanya tidak langsung ditolehkan ke kanan untuk melihat musuh-musuhnya.

Perhatiannya hanya tertumpu pada garisan penamat yang berada beberapa meter sahaja daripada dirinya.

" Dan pemenangnya adalah- "

• • • • •

Ep3:

Your Eyes Tell |
Bts

" Hai, sayang " kata seorang lelaki kepada Eunsoo sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas. Kelas yang tadinya riuh-rendah menjadi sunyi disebabkan kehadiran lelaki itu. Mereka semua terpinga-pinga dengan perbuatan lelaki itu yang memanggil Eunsoo sebagai panggilan 'sayang'.

Kakinya menuju ke tempat duduk yang berada di hadapan Eunsoo. Kerusi ditarik menghadap muka Eunsoo lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

Matanya merenung muka Eunsoo. Tetapi renungan matanya tidak dibalas oleh gadis itu.

Eunsoo meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan lelaki yang berada di hadapannya ini.

" Cha Eunsoo. Jom bercinta "

Eunsoo memberhentikan tangannya daripada terus menulis. Mukanya diangkat memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya ini.

Tiada riak wajah yang terkejut dipaparkan oleh Eunsoo.

Lelaki itu tersenyum manis. Kemudian, dia mencapai tangan Eunsoo lalu digenggam erat. " Kita couple " luah lelaki itu. Tangan lelaki itu terus ditepis oleh Eunsoo. Hanya jelingan tajam sahaja yang dia berikan.

Eunsoo tersenyum sinis.

Memandangkan dia sudah putus dengan Jinyoung, sudah tentu lelaki ini mahu bercinta.

Eunsoo bangun dari duduknya. " Sorry but saya tak berminat " ujar Eunsoo. Dia memberikan senyuman sekilas kepada lelaki itu dan berura-ura mahu beredar dari situ.

Tetapi lelaki itu lebih pantas, dia segera memegang pergelangan tangan Eunsoo untuk menghalangnya daripada beredar. Eunsoo menolehkan kepalanya ke belakang. Pergelangan tangannya dilihat.

[C] 7 Days | JinyoungTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon