S

71 8 0
                                    


Flashback

" Cha Eunsoo!, " jerit seorang pelajar lelaki dari arah belakang. Eunsoo menolehkan kepalanya ke belakang secara drastik.

Matanya tercari-cari pelajar lelaki yang telah menjerit namanya di koridor sekolah ini.

Kemudian, matanya tertacap pada seorang lelaki yang sedang memukul bahu rakannya. Dia mengecilkan matanya bagi melihat dengan jelas wajah pelajar lelaki tersebut.

Eunsoo tersenyum kecil apabila wajah lelaki itu menjadi tatapan matanya. Wajah lelaki yang dia amat kenali.

" Jinyoung sunbae, " katanya perlahan.

• • • • •

EP 1:

When you love someone
|
Day6

" Eh, kau datang sekolah seorang diri je hari ni. Jinyoung mana?, " soal Im Nayeon yang merupakan rakan karib Cha Eunsoo. Matanya memandang Eunsoo.

Eunsoo tidak mengendahkan soalan tersebut. Sebaliknya, dia terus melabuhkan punggung di tempat duduknya yang berada di sebelah Nayeon.

Beberapa buah buku berserta pensil box dikeluarkan dari dalam begnya. Barang-barang tersebut diletakkan di atas mejanya sendiri.

" Weh, aku bukan tanya dengan meja. Aku tanya kau. Jawablah soalan aku tu, " ujar Nayeon sedikit kasar. Kata-katanya sebentar tadi berunsur sedikit perlian khas untuk Eunsoo.

Eunsoo masih tidak mengendahkan soalan daripada Nayeon. Dia tidak kisah jika Nayeon mahu memerli dan memarahinya dirinya kerana dia sudah biasa dengan sikap gadis itu.

Tangannya bergerak untuk membuat sedikit latihan memandangkan waktu persekolahan akan bermula lebih kurang 30 minit lagi.

Daripada dia membuang masa membuat perkara yang tidak berfaedah, lebih baik dia membuat sedikit latihan bagi mengasah otaknya. Lagipun banyak latihan yang dia dapat siapkan dalam masa tersebut.

Nayeon mendengus kasar. Matanya dikalihkan ke arah lain.

" Jinyoung sibuk, " kata Eunsoo secara tiba-tiba. Tangannya tetap sibuk membuat latihan yang terdapat di dalam buku.

Nayeon segera memandang Eunsoo. Dahinya berkerut. " Sibuk? Dia sibuk buat apa? Nak kata dia ada latihan olahraga, aku tak nampak pun atlet olehraga yang lain berlatih, " ujar Nayeon. Riak wajahnya nampak seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Eunsoo.

" Mana aku tahu. Dia mesej aku pagi tadi. Dia kata dia sibuk, " balas Eunsoo.

" Kenapa kau sibuk nak tahu?, " soal Eunsoo. Jari-jemarinya menekan-nekan nombor pada kalkulator untuk mencari jawapan kepada soalan matematik itu.

" Kau pasti ke dia sibuk?, " soal Nayeon pula. Tangannya menyentuh lengan Eunsoo.

Eunsoo melihat lengannya yang disentuh Nayeon sekilas. Kemudian, matanya kembali difokuskan kepada latihan matematik yang terdapat di dalam bukunya itu.

" hmm, " ujar Eunsoo sambil mengangukkan kepalanya dengan yakin.

Nayeon mengeluh perlahan. Matanya merenung Eunsoo lembut. " Aku nampak dia pagi tadi, "

[C] 7 Days | JinyoungWhere stories live. Discover now