BAB 25

94 5 4
                                    

       Aku mengambil tempat di sofa berhadapan mereka. Namun, Leya tidak suka melihat keadaan itu dan merengek kepada Kaif tentang itu sehingga menyebabkan Kaif terus bertindak menyuruh aku duduk di bawah sahaja.

         'Daddy, suruh la perempuan tu duduk kat tempat lain. Mummy tak boleh la tengok muka dia. Rasa nak marah ada, menyampah ada dan paling penting benci la daddy. Suruh la dia duduk mana-mana pun, asal bukan atas sofa ataupun berdekatan sini'. Leya terus menggoncang lengan suamiku dan melihatkan reaksi suamiku membuatkan aku kecewa.

       'Kau dengar kan perempuan. Isteri aku tak nak kau duduk sini. Kau duduk sana je lah. Aku pun tak sanggup nak hadap muka kau. Meluat tahu tak'. kata suamiku tanpa perasaan. Aku memujuk hatiku agar tidak cepat terasa dengan tindakan mereka, bangun dan terus duduk di penjuru tangga, jauh sedikit dari tempat mereka berdua.

       Dan setelah itu, aku melihat Leya melentokkan kepalanya di dada suamiku dan aku terus memandang ke arah lain. 'Abang tahu tak, hati sayang sakit sangat. Pedih bila tengok abang layan wanita lain tanpa langsung fikirkan tentang perasaan sayang' monologku sendirian.

          'Hey dengar sini. Mulai esok akan ada seorang lagi pembantu rumah akan datang dan duduk di sini. And mulai esok aku tak nak kau makan semeja dengan kami berdua dah. Tak selera aku makan bila tengok kau depan mata kami. Dan aku nak, kau dan dia kena pastikan rumah dan keperluan kami berdua tersedia tanpa sebarang masalah.Sekarang aku nak masuk bilik. Nak luangkan my precious time with my precious beautiful wife. Jadi, kau pun dah boleh gerak masuk ke bilik kau sekarang', tambahnya panjang lebar.

         Aku hanya mampu melihat kemesraan mereka dan terus mengangkat kaki ke bilikku. Hari ini sekali lagi air mataku tumpah. Sejujurnya, hatiku tidak begitu kuat namun aku akan terus cuba mendapatkan kembali kasih sayang yang pernah menjadi milikku biarpun sedikit. Ya! Selagi aku mampu bertahan, aku akan terus bertahan dan takkan berganjak dari keputusanku.

      Aku kemudian menelefon keluarga dan abang-abangku untuk menghilangkan rasa yang membelenggu dan dalam pada masa yang sama bertanyakan khabar mereka. Kami berborak agak lama dan sepanjang perbualan, aku mengelak dari menceritakan perihalku dengan Kaif. At least, hatiku sedikit tenang mendengarkan cerita dan gelagat ahli keluargaku. Dan, akhirnya malam itu berlalu begitu sahaja.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now