Gadis Euphoria

61 1 0
                                    

Dah dua bulan aku menetap di rumah sewa Seksyen 2 ni. Agak tidak selesa sebenarnya. Perkara paling aku tak selesa ialah tuan rumah itu merupakan seorang nenek yang suka jaga tepi kain orang lain. Dia suka sembang lama-lama. Dia suka masuk bilik aku tanpa ketuk pintu, dia terjah je masuk guna kunci spare lepastu ajak sembang macam-macam. Bila dah mula bersembang dia takkan berhenti selagi kau kata ada benda lain nak buat.

Lepas tu aku tak suka berkongsi bilik air. Bilik aku sahaja 4 orang, bilik sebelah pun 4 orang. Jadi aku bengang bila aku yang kena tuduh tak cuci bilik air. Macam aku sorang je tinggal dekat situ.

Dan yang paling tak best, dalam bilik langsung tak ada line internet. Line 2G boleh buat apa? Buka Google pun berjanggut dah. Aku tak tahu salah Celcom atau salah rumah tu. Jadi aku terpaksa lepak beranda untuk guna Internet.

Dalam bilik tak boleh hisap rokok, tapi bila hari Sabtu Ahad, aku dapat hisap dalam bilik sebab tak ada roomate.

Masalah terakhir ialah aku tak dapat jadikan sesiapa dalam rumah tu jadi seorang kawan. Memang aku ada lepak dengan mereka, tapi hubungan kami berakhir sebagai housemate sahaja tidak lebih dari tu.

Aku install Wechat semula setelah sekian lama tidak menggunakannya atas niat mencari kawan dan bukannya mencari lubang berair. Namun agak susah mencari kawan lelaki dalam applikasi tu. Yang aku dapat hanyalah perempuan. Bila aku add lelaki aku dilabel gay. Ada sekali aku dapat kawan dengan seorang lelaki namanya Firdaus. Katanya niat main Wechat untuk mencari kawan yang main tennis. Aku lepak lah dekat mamak dengan dia. Dia datang rumah aku naik Mazda 3. Bukan kaleng-kaleng. Lepak mamak dalam sejam je. Kami hanya makan roti canai dan air teh o panas. Masa dia nak blah aku tolak pelawaannya untuk hantar aku balik. Jadi dia tinggalkan RM20 untuk bayar semua dan bakinya aku ambil.

Aku pulang hanya berjalan kaki dari mamak Syed Plaza Alam Sentral ke banglo berhadapan bangunan Sirim.

Aku buka Wechat.

"Dah balik ke sayang?" Chat dari Firdaus.

"Hahah sayang bodo kau" aku balas.

"Apa bodo2 ni sayang, nanti lepak lagi tau"

"bodo geli la sayang2 apa sial ahhahaha" Aku masih ketawa dan balas biasa sahaja masih sangkakan dia bergurau.

"Hehe sayang ni muahhh" dia sambung lagi.

"Ko pehal bodo hahaha gay babi"

"Nape sayang marah meh nak peluk" Firdaus balas.

"Ko pehal tiba2 jadi gay hahaha aku tau la aku hensem"

"Sebab sayang hensem la sangap ni"

"Weiii pehal dia 360 jadi orang lain ni gurau ke betul-betul aku tak faham" Aku bercakap dengan diri sendiri. Bilik aku masih kosong roomate entah ke mana tak balik-balik.

Firdaus chat lagi.

"Hantar la gambar sayang"

"Pukimak kau gambar apa babi bodoh gay" Aku balas.

"Hmm sangap ni nak lancap tengok gambar sayang"

"Butoh kau gay sial kimak anjing aku screenshot ni sebar gambar kau gay, kalau kau taknak aku sebar bagi RM1000 aku sekarang"

Dia terus block aku.

"What the fuck dia memang gay lah sial terus block, kiwak tol buang masa aku kawan dengan kau ni, kimak orang kaya muka buruk tak hensem pun ada yang gay ke? Aku jerit-jerit nada perlahan.

Apsal ada gay sial dalam Wechat ni? Bodoh la. Lepak kedai makan pun selalu ada laki pandang aku. Rupanya gay macam ni wujud kat Malaysia rupanya.

Aplikasi Youtube dibuka dan aku pasang lagu Naratu - Pukimak.

Aku buat Teh O Panas menggunakan uncang teh Songket Mangga. Sungguh harum aroma air teh ini. Sambil lepak beranda menghirup teh yang wangi, aku selitkan dengan menghisap rokok  John White.

Aku look around Wechat. Aku nampak seseorang membuat pose peace dengan gaya amat comel bernama Reen. Aku add dan tulis greeting "oi" sahaja.

Friend request accepted.

"Nani kore?" Aku bermonolog tak menyangka selaju ini dia accept friend request aku. Aku sangka esok atau takkan accept sampai bila-bila.

Aku taip "hai", aku padam, aku taip "salam awak" aku padam lagi. Aku tak  suka mainstream dan cliche.

"U tau tak dunia ni dikawal oleh Freemason? Dan Freemason ni diketuai oleh Dajjal. Dajjal memperkenalkan New World Order untuk mencipta dunia baru yang porak-poranda, menjadikan manusia jauh tersimpang dari kemanusiaan" Aku send dan terus lempar phone aku ke atas katil. Hati rasa puas.

8 pagi.

Aku tertidur rupanya lepas send mesej merepek tu pada Reen. Persetankan dia. Kalau dia tak berminat maknanya dia bukan jenis yang meminati genre misteri. Bagi aku cerita seperti itu amat menarik kerana kesahihannya menjadi tanda tanya. Adakah benar atau palsu. Seperti Flat Earth, sudah banyak video Flat Earth aku tonton. Ada yang boleh pakai dan ada yang nampak bodoh.

Wechat dibuka. Eh Reen balas la. Mesti dia nak cakap aku merepek dan tak faham.

"So how about Illuminati? They work for Dajjal jugak kan?" Wow dia tau pasal Illuminati.

"Based on history, diorang ni dari negara berbeza dan diketuai berlainan orang. Freemason ni mostly American, macam George Washington. Illuminati pula dari German. Mungkin leader diorang still Dajjal, tapi menggunakan nama berbeza dan guna local leader sebab masa tu Amerika dan German not really in a good term. Well, World War... Maybe the World War 2 is their inside job.. " Aku balas panjang memandangkan topik ini sesuatu yang amat aku suka.

"Maybe we should hang out, i want to know more story about this, sekarang i tengah kerja" Reen balas.

"Gila dia ajak lepak lah. Nampak tak aku genius. Banyak benda lagi aku tau tapi semuanya tak tahu betul ke tak, jadi aku tak pernah sembang dengan siapa-siapa benda macam ni. Memang hobi aku baca dan kaji misteri-misteri macam ni" Aku bermonolog.

Aku capai telefon pintar dan sambung chat.

"U kerja mana? I nampak background profile picture u tulis Euphoria Makeup Artist ke?"

"I baru lagi kerja dekat Sephora, dekat SACC, okey chat u later ada customer".

Aku terus mandi. Siap-siap dan jalan menuju ke SACC yang berada dalam jarak 3 kilometer dari rumah aku.

Tiba-tiba rasa nak pergi MPH dekat SACC untuk beli novel baru.

Aku sampai SACC, agak berpeluh. Cuaca hangat pula harini. Euphoria berada di Ground Floor di tepi eskalator. MPH berada di tingkat 1. Aku gunakan eskalator dan lihat ke bawah, nampak gadis kecil berpakaian serba hitam sedang menggunakan cash register. Nampak sedang sibuk bekerja. Eskalator sudah berada di  penghujungnya. Sekarang aku di tingkat 1. MPH betul-betul dihadapan Eskalator. Niat sudah pasanf, nak beli buku Lelaki Dari Entah Mana Mana. Kata orang ni sambungan pada novel Rokok Nan Sebatang. Sejak aku menumpang rumah kakak, sudah 6 buku novel telah dibaca. Maklum lah banyak masa tidak terluang. Tak ada nak kawan lepak. Tak ada game menarik nak main.

Kaching! Sekali 2 buku aku beli. Lelaki Dari Entah Mana Mana dan buku Kelabu dari Nadia Khan.

Nampaknya terpaksa lalu eskalator ni sekali lagi untuk balik ke rumah.

Kenapa Mesti Aku?Where stories live. Discover now