03

569 104 7
                                    

( 📢 ). AGONY

Selama 4 tahun aku dipenjarakan, terkurung di sebalik tiang besi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selama 4 tahun aku dipenjarakan, terkurung di sebalik tiang besi. Kini aku dapat kembali menghirup udara yang segar. Aku akhirnya terbukti tidak bersalah dan dibenarkan keluar.

Siapa sangka, Kwon Hana merangkap gelaran sahabatku selama ini telahpun menikahi abangku, Jung Wooyoung.

Aku mengeluh berat. Aku pun baru tahu sebenarnya.

Aku memanggil teksi untuk menghantarkan ku pulang ke rumah. Sudah 4 tahun aku tak melihatnya. Mungkin abang masih belum memaafkan aku. Dalam jangka masa aku dipenjara, aku tunggu dia datang melawat aku namun siapa sahaja yang mahu mengaku saudara kepada banduan seperti aku yang kelihatan jijik ini.

Aku sendiri malu tapi aku sorok. Sebab aku tahu, aku tidak bersalah. Aku dikhianati. Tetapi aku juga tahu bahawa 'dia' lah yang merupakan punca kes tersebut pada 4 tahun yang lalu.

" Woo ! Kau ada kat dalam tak ? ! " aku menjerit sambil menggoyangkan pagar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Woo ! Kau ada kat dalam tak ? ! " aku menjerit sambil menggoyangkan pagar rumah.

Keadaan rumah masih sama. Cuma pokok-pokok yang ditanam dan dijaga elok oleh eomma ketika dia masih bernyawa dahulu, kini sudah pun tekulai layu. Aku meninjau suasana kawasan rumah tersebut.

Pelbagai kenangan suka dan duka kami sekeluarga mula menerawang di kotak fikiranku.

Tiba-tiba seorang pakcik yang kelihatan agak tua datang menghampiri lalu menegurku.

" kamu siapa ? " soalnya sambil memandangku dari atas sampai bawah.

" s-saya, Jung Wiyoung. " jawabku tergagap. Dah kenapa pandang aku macam tu ?

" kau buat apa kat sini ? "

" saya cari abang saya. Pakcik pula siapa ? " aku memberanikan diri untuk menyoal pakcik tersebut.

" ouh, pakcik ni tuan rumah tu. Kamu kenapa pula terjerit-jerit depan rumah pakcik ? "

Ha ?

Aku terkaku seketika. Takkanlah abang dah jualkan rumah ni kepada orang luar ? Kenangan kami sekeluarga banyak siot kat sini.

Agony.Where stories live. Discover now