11

497 96 20
                                    

( 📢 ). AGONY

+ minta semua readers baca balik part 10 kerana saya telah menambah scene terbaru :)

" annyeong , Wiwi " tegur Hana sambil mengusap kepala Wiyoung dengan penuh kasih sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" annyeong , Wiwi " tegur Hana sambil mengusap kepala Wiyoung dengan penuh kasih sayang.

Walaupun dia tahu bahawa Wiyoung tidak akan menjawab kata-katanya, tapi dia tetap percaya yang Wiyoung akan mendengar segala kata-kata yang akan dilontarkannya nanti.

" Wiwi-ah , aku ni Hana. Semoga cepat sihat ye, wahai adik ipar. Aku rindukan kau. Terima kasih kerana selamatkan aku. Tanpa kau, aku mungkin tiada di muka bumi ini lagi. "

" Tujuan sebenarnya aku datang jenguk kau ni sebab aku nak luahkan sesuatu pada kau. Selain itu, aku juga mahu membicarakan tentang semua salah dan juga silap aku pada kau dulu. A-aku percaya kau akan dengar apa yang aku katakan ni. Hiks " kata Hana diiringi suara tangisannya. Hatinya resah apabila dia teringat akan kesilapan yang sudah dilakukannya pada adik ipar yang pernah menjadikannya sahabat dahulu.

" kau ingat lagi tak masa umur kita 15 dulu ? Kau nak tahu tak punca kematian abang sulung kau, Jung Wooyeong ? Mesti kau selalu tertanya kan ? " Hana berhenti seketika. Mata dipejam, nafasnya ditarik lalu dihembusnya perlahan.

" Untuk pengetahuan kau, sejak aku didaftarkan masuk ke Hanlim Highschool, senior Wooyeong lah yang merupakan cinta pertama aku. Setiap hari aku akan mencari jalan untuk usha dia. Kenapa ? Sebab aku dah jatuh cinta, Wiwi-ah ! Aku terlalu cintakan dia sehinggalah suatu hari ni.. aku ternampak kau dengan Wooyeong serta lelaki yang mempunyai rupa paras yang hampir seiras dengan Wooyeong. Bermula lah hari tersebut, aku mula cemburu dengan kau even aku tak kenal kau siapa dan aku juga tak tahu kau merupakan adik bongsu mereka. "

" Jujur aku kata, aku terlalu cemburukan kau sehingga aku stalk kau dimana sahaja kau pergi. Bertambah rasa amarah aku pada kau apabila kau dan Wooyeong selalu pulang ke rumah sama-sama. Bahkan di setiap account social media Wooyeong pun penuh dengan gambar korang berdua ataupun bertiga. "

" mesti kau syak aku psycho kan ? Hahaha aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku waktu tu. Bila difikirkan balik, aku dah macam orang gila " sambung Hana.

* bunyi tangisan anak Hana

" ye, anak eomma. Jangan lah nangis, sayang. " dodoi Hana sehingga anaknya itu kembali diam.

" back to the story, bila aku dah tak tahan dengan emosi amarah dan cemburu aku ni.. aku ambil keputusan untuk berjumpa dengan Wooyeong. Masa itu, aku rasa better aku face to face dengan dia untuk aku luahkan perasaan cinta dan suka aku padanya. Aku fikir jika aku luahkan perasaan aku, aku boleh jadi kekasih hatinya dan dapat cemburukan kau macam apa yang aku rasakan. Tapi lain pula yang terjadi, dia reject aku mentah-mentah. Perasaan aku bercampur-baur, Lagi - lagi apabila Wooyoung ada bersamanya. Aku malu, sedih, kecewa, serta berdendam dengannya setelah dia buang cinta aku macam orang buang serpihan kaca dalam tong sampah. "

" ye, hati aku sangat berkecai. Selepas tu, aku ugut Wooyeong yang aku akan bunuh kau kalau dia tidak menerima aku sebagai kekasih dia. Aku betul-betul gila masa tu. Haih "

" Dia fikir aku main-main. Dia reject aku kali kedua dan berlalu pergi tinggalkan aku seorang diri. Sehari lepas kejadian itu, aku tak hadir ke sekolah. Aku pergi ke kedai 7-eleven untuk membeli sebotol air alkohol. Kalau kau nak tahu, aku jumpa Yunho buat pertama kali disitu. Dia tolong mak dia berniaga selepas pulang ke sekolah. Dia juga pernah tanya berapa umur aku. Aku tipulah dia, aku kata umur aku 18 tahun padahal aku baru sahaja 15 tahun. Dia percaya helah aku lepastu dia scan tin air alkohol tersebut "

" aku singgah kat lorong gelap yang berada di tepi jalan raya yang selalu murid-murid Hanlim Highschool lalu untuk pulang ke rumah mereka. Aku duduk di tepi longkang sambil meneguk air alkohol yang aku beli tadi untuk pertama kali. Selepas itu aku terlihat kau dan juga Wooyeong sedang berjalan sambil bergelak ketawa. Perasaan amarahku semakin membuak-buak apabila melihat Wooyeong masih lagi gembira bergelak tawa padahal aku pula galak menangis dan meraung kuat pada hari itu. Fikiran aku menjadi celaru, aku rasa macam nak bunuh diri je. "

" Keesokan harinya, aku datang awal ke sekolah. Tiba-tiba aku mendapat idea yang tak masuk dek akal langsung setelah aku melihat Wooyeong datang ke sekolah menggunakan motor. "

Hana merenung seketika. Air matanya melimpah jatuh terkena baju.

" a-aku sabotaj dia. A-aku lah yang pergi pancitkan tayar motor dia sehingga dia terbabas semasa hendak pulang ke rumah. Hidup aku semakin huru-hara selepas kejadian itu. Semasa kita umur 17, aku perlahan-lahan cuba untuk dekati kau. Masa itu, dendam aku pada kau masih lagi kuat. Aku dah cuba banyak kali untuk bunuh kau, tapi kau ni liat sangat nak mati. "

" kemudian, aku bertahan untuk jadi ' sahabat ' kau sehingga lah umur kita mencecah 18 tahun. Yup , tahun terakhir. Kalau kau nak tahu, aku lah yang plan dengan rakan sekelas kita untuk jadikan kau ketua kelas. Dan aku serta Kang Minsoo kelas sebelah berpakat untuk sabotaj kereta ibu bapa kau. "

" at first, aku keliru sangat kereta pengetua sekolah dengan kereta appa kau. Then, Minsoo cadang kan aku supaya cucukkan paku pada tayar kedua-dua kereta tersebut. Kebetulan semasa aku mahu cucuk paku pada tayar kereta pengetua.. kau pula datang. Aku segera cucukkan dan terus berlari sekuat hati. Manakala Minsoo pula sempat menangkap beberapa keping gambar kau ketika itu. "

" k-kenapa dulu aku menjadi sekejam ini ! " keluh Hana sambil mengusap air matanya yang sibuk mengeluarkan kuantiti air mata yang banyak.

" k-kenapa dulu aku menjadi sekejam ini ! " keluh Hana sambil mengusap air matanya yang sibuk mengeluarkan kuantiti air mata yang banyak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Agony.Where stories live. Discover now