( 📢 ). AGONY
Yunho melihat Wiyoung yang sedang menikmati makanan yang baru sahaja dibeli olehnya. Terbit satu senyuman manis dibibir kerana baginya, Wiyoung begitu comel sekali apabila sedang menikmati makanan. Lagi-lagi makanan itu merupakan makanan kegemaran Wiyoung.
Meletus gelak tawa Yunho apabila terlihat Wiyoung tersedak ketika ingin menelan sisa-sisa makanan yang sudah dikunyah.
" lainkali, makan perlahan-lahan. Tengok kan dah tersedak. " Yunho menuangkan air mineral di cawan lalu dihulurkan kepada Wiyoung.
" yelah. Kau tu tak nak makan ke ? Tadi kata lapar. "
" takpe lah. Tengok kau makan pun dah buat aku kenyang. " Wiyoung tergelak saat mendengar jawapan yang terluah dari mulut sepupunya itu.
" kau ni kan , sweet talker ! HAHAHAHA "
" alah sweet ngan kau je, Wiwi "
Meanwhile,
" apa yang aku dah buat ?! " hatinya gelisah. Wooyoung berjalan mundar-mandir diruang tamu. Hatinya berasa gelisah sambil memikirkan hal yang dilihatnya tadi.
Rambut dikepala, dia genggam lalu dia menjerit kuat " ARGHH ! "
Beberapa jam yang lalu,
Wooyoung terbangun dari tidurnya yang lena. Dilihatnya sekeliling, dalam kereta ?
Kepalanya tiba-tiba berdenyut dan pening. Baru dia teringat bahawa dia-
Matanya membulat. Tanpa berlengah masa, cepat sahaja dia naik ke tingkat 3 dimana disitu lah keberadaan rumahnya . Pintu rumah dia buka, lalu menerjah masuk ke dalam bilik milik adiknya, Jung Wiyoung.
Mulutnya ditekup, matanya dipejam. Apa yang aku dah lakukan ?!
Cecair merah pekat yang sudah kering masih lagi mewarnai lantai di dalam bilik itu. Darah-
YOU ARE READING
Agony.
Fanfiction" kau nak sangat kan aku mati ? " ❝ AGONY ❞ # meaning : penderitaan ( completed ) + angst genre . + ateez fanfiction .