BAB 30

12.8K 693 26
                                    

Anis Raihanna mengangkat barang barang yang dibelinya ke dalam rumah. Afiq Raihan pula telah masuk terlebih dahulu. 

Bukan nak tolong ke apa. Tolong tinggalkan aku sorang sorang adalah! bentak Anis Raihanna.

Sudah la dah nak masuk maghrib. Dia pula masih berada di luar rumahnya. Langkahnya dipercepatkan menuju ke dalam rumah. Orang tua tua kata tak elok duduk luar masa senja.

Langkah diatur ke bilik tidur. Paper bag yang berisi pakaian baharunya diletakkan disisi katil.
Dia memeriksa telefon pintarnya buat seketika. Punggungnya dilabuhkan di atas katil.

3 missed calls from Ibu

Anis Raihanna mengerutkan dahi apabila memeriksa log panggilannya. Kenapa dia tak perasan yang ibunya menghubungi dirinya.

Baru dia teringat, dia ada mengaktifkan mood silent dan terlupa untuk menutupnya. Anis Raihanna menepuk dahi. Kenapa aku cuai sangat.

"Nak call ke tak nak ni? Lagipun sekarang waktu maghrib. Mesti ibu tengah solat dengan abah. Mesej je lah" putus Anis Raihanna tanpa berfikir panjang.

Assalam ibu, kenapa ibu call Anis? Anis silent phone tadi. Sorry bu.

Laju tangan Anis Raihanna menaip. Tidak lama kemudian, mesej tersebut dihantar. Dia tersenyum simpul.

Dia melangkah pula ke bilik air mahu membersihkan diri. Naik melekit badannya kerana berpeluh sepanjang hari. Lenguh di kakinya masih terasa kerana penat berjalan seharian.

❤❤❤

"Hello,assalamualaikum ibu" jawab Anis Raihanna sebaik talian disambungkan.

Dia mengelap rambutnya basah menggunakan tuala.  Terlebih dahulu dia telah membuka pembesar suara. Dia mendengar setiap tutur bicara Puan Aimi.

"Apa?! Betul ke ni ibu." soal Anis Raihanna tanda tak percaya. Dia bingkas berdiri.

"Betul la. Takkan ibu nak tipu pulak." balas Puan Aimi.

Dia tersenyum nipis. Rasa rindu pada anak tunggalnya tidak terhingga. Sudah lama mereka tak berjumpa.

"Kalau macam tu, Anis cakap dengan Afiq nanti. Ibu tunggu Anis ya!" pesan Anis Raihanna.

Dia sudah tersenyum sampai ke telinga. Tak lama lagi, rasa rindu pada ibu dan abahnya akan terubat. Tak sabarnya!

"Nanti kirim salam ibu abah pada Afiq Raihan ye. Ibu letak dulu. Jangan tidur lewat sangat. Assalamualaikum." kata Puan Aimi.

Dia mengeleng kepala dengan telatah Anis Raihanna. Dah kahwin pun perangai tetap sama. Kebudak-budakan.

"Waalaikumusalam ibu." balas Anis Raihanna sebelum menamatkan panggilan.

Dia menyisir rambut dihadapan cermin. Tersengih-sengih dia apabila memikirkan ibu abahnya. Tidak sabar benar gamaknya.

"Eh,kena bagitahu Afiq ni." ucap Anis Raihanna sendirian.

Dia melangkah ke bilik suaminya. Tak sabar mahu menyampaikan berita gembira tersebut. Diketuk pintu bilik suaminya bertalu-talu.

Tok! Tok! Tok!

"Afiq! Afiq! Bukak la pintu. Aku nak cakap something ni." kata Anis Raihanna.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now