5. 𝐖𝐨𝐫𝐤

919 54 3
                                    

Jungkook sudah mula berkerja. Taehyung pun sudah habis berpantang. Sudah lama dia tidak menjenguk syarikatnya. Sampaikan rasa macam mana nak lakukan tugas.

Sejak akhir ini, jungkook terlalu sibuk dengan kerjanya. Kerana ada keluaran produk terbaru. Jadi jungkook jarang menghabiskan masanya dirumah melainkan di tempat kerja.

Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berkerja. Tapi dia jadi rindukan dengan kedua malaikatnya itu.

Setelah beberapa hari tidak melihat sang ayah. Jungkook sering pergi kerja dalam pukul 6 atau 7 pagi macam tu. Saat itu, taesung dan chaerin masih belum tidur.

Dan jungkook akan balik dalam pukul 12 atau 1 pagi. Saat itu juga kedua malaikatnya sudah tertidur. Maka dia keduanya sangat rindukan pelukan sang ayah.

Taehyung seperti biasa menguruskan anak anaknya dan suami. Sudah menjadi tanggungjawabnya saat ini. Jungkook juga pernah mengatakan bahawa dia ingin mengupah orang gaji untuk menguruskan kerja kerja rumah tetapi taehyung menolak kerana dia ingin menjadi seorang isteri yang tahu memguruskan kerja kerja ini.

Bukan apa jungkook tak mahu susahkan isterinya. Dia tahu jika menguruskan taesung dan chaerin pasti membuatnya lelah seharian tambahan lagi dengan kerja rumah.

Dia tak ingin membuat isterinya berasa lelah dan letih.

Kadang-kadang taesung dan chaerin seringkali merengek-rengek kerana rindukan ayahnya. Mahu bagaimana lagi, anak anaknya itu memang rindukan pelukan hangat ayahnya.

Jungkook juga cuba untuk mencari peluang untuk menghabiskan masanya. Apakan daya, dia tak dapat mengambil cuti dan mengosongkan jadualnya untuk anak anaknya.

Tok..Tok..

"Masuk!" Pintu biliknya terbuka dengan sangat luas. Ternyata yang masuk adalah ayahnya. Lelaki paruh baya yang masih terlihat segak dan kacak lagi.

"Appa.." Ujar jungkook yang masih lagi sibuk dengan kertas kerja dan juga file yang harus dia tandatangani.

"Masih banyak kerja lagi?" tanya sang ayah. Jungkook mengangguk kerjanya masih banyak dan ia tak boleh pulang selagi kerjanya ini tidak diselesaikan dengan cepat.

"Tak rindukan taesung dengan chaerin?" Ujar sang ayah. Jungkook terdiam dan berhenti menandatangani kesemua file file itu.

Jungkook mengeluh berat.

"Kook rindukan mereka." Keluh jungkook. Rasanya ingin menangis jika tidak melihat anak anaknya. Begitu juga sang isteri yang berada dirumah.

"Takpelah jungkook.. pulanglah.. biar appa serahkan semua ini pada secretary appa." Jungkook mendongak melihat sang ayah. Betul ke? dia dapat balik.

"Betul ke appa?!" tanya jungkook tidak percaya. Kalau benar dia akan pulang dia mahu memeluk ketiga tiga cinta hatinya itu.

"Betul, baliklah." Jungkook mengemas semua barang barangnya.

"Eh, tak payah kemas.. nanti appa suruh secretary appa siapkan. Kau pergi jelah kook." Akhirnya lelaki itu mencapai briefcase dan suitnya.Lalu memeluk sang ayah.

"Terima kasih appa."

"Hm, jadilah suami dan ayah yang baik jungkook appa amanahkan kau untuk selalu berada disamping mereka."

"Baiklah appa." Akhirnya jungkook berjalan pergi. Lelaki paruh baya itu tersenyum. Ternyata anaknya itu sudah berubah dan dia sangat berasa bangga. Sejak kehadiran taesung dan chaerin jungkook tidak lagi keluar rumah melainkan tugas kerja.

"Appa akan doakan kamu bahagia nak." gumam sang ayah.














Untuk kali pertama dia dapat balik tengahari. Dia berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan isteri dan anak anaknya.

𝐉𝐞𝐨𝐧'𝐬 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 [𝐊𝐕]Where stories live. Discover now