6. 𝐌𝐨𝐦𝐦𝐲

919 50 5
                                    

Harini adalah hari dimana jungkook cuti. Yes, finally dia cuti dan akan menghabiskan masa dengan isteri dan anak anaknya.

Tetapi sayangnya.. pagi pagi dia bangun. Taehyung tak ada kat sebelahnya. Isterinya itu menghilang kemudian meninggalkan mesej untuknya.

From: Sayang ❤️

Abang harini tolong jagakan taesung dengan chaerin ye. Maaf sebab sayang kene keluar pagi-pagi ni. Eomma minta sayang temankan dia keluar beli barang mungkin sayang balik lewat sikit.

Abang jangan lupa jaga taesung dan chaerin jangan lupa bagi makan mandikan diorang. Make sure sayang balik taesung dengan chaerin wngi ye!

Baiklah sayang! ❤️🥺

[Seen]

Jungkook meletakkan telefon bimbitnya diatas meja kecil itu. Tak lama dengar suara taesung yang merengek-rengek.

Akhirnya jungkook datang menghampiri taesung mendukung tubuhnya yang semakin lama semakin berisi.

"Alamak, taesung beratlah. Makan apa ni nak oi!" rungut jungkook saat mendukung tubuh taesung.

"Shh.. anak papa baik!" tetap sahaja taesung merengek-rengek didalam dukungan jungkook. Entah kenapa dia rasa panik. Untuk kali pertama ditinggalkan isteri menjaga anak anaknya.

"Kenapa ni, tae.." jungkook menghayunkan tubuh taesung bagi mendiamkan bayi kecil itu tetapi taesung tetap menangis sehingga membuatkan chaerin terkejut dan menangis juga.

"Huwekkk!" chaerin menangis bersama taesung.

"Alahai.. chaerin-ah!" jungkook mendukung keduanya kemudian meredakan tangisanya. Berharap sangat kalau taehyung ada saat ini. Jungkook dah panik sekarang ni.

"Shh.. anak papa baik! kesayangan papa anak yang baik.." Ujar jungkook dengan lembut sambil mengucup-gucup hujung kepala keduanya.

"Huweekkk!!" Jungkook mengeluh.

"Oh, mungkin nak susu kot! kejap ye papa buatkan susu." Jungkook mengambil botol keduanya dan belari ke dapur untuk membancuh air suam.

"Kejap, papa buat susu!" teriak jungkook dari bawah yang mendengar suara anak anaknya menangis. Sumpah jungkook panik nak mampus.

"Sayang tolong abang!" gumam jungkook.

Saat jungkook sibuk gelabah dengan tangisan anak anaknya. Dia tak sengaja menumpahkan sisa-sisa susu itu dipermukaan dapur.

Panik bukan main. Apa taknya dua dua menangis sekarang ni.

Tak hiraukan serbuk susu yng tumpah itu jungkook terus belari masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan anak anaknya.

"Okay, papa bawak susu!" ucap jungkook sambil mengoncangkan kedua botol itu lalu ditunjukan pada taesung dan chaerin.

"Ha, tengok ni papa bawak susu tau! jangan nangis lagi." Tangan kecil itu cuba mengapai botol susu itu. Sang ayah terkekeh melihat anak anaknya yang kehausan itu.

Jungkook pun memangku tubuh keduanya lalu memberikan susu itu pada keduanya. Taesung dan chaerin meminumkan susu itu dengan rakus sekali.

Akhirnya kedua malaikatnya itu berhenti menangis. Jungkook tersenyum tak sangka penat jaga dua sekali gus.

"Sayang anak papa!"

Chup.

Jungkook mengecup dahi keduanya dengan lembut. Kemudian membelai-belai rambutnya.












Taehyung pulang bersama dengan ibu jungkook. Keduanya telah pun selesai membeli-belah. Saat dia berjalan masuk ke pintu utama. Dia disuguhkan dengan pandangan anak anaknya yang tertawa bermain dengan sang ayah.

Taehyung tersenyum lalu menghampiri suami dan anak anaknya.

"Mama balik!" teriak taehyung kemudian jungkook menoleh ke arah isterinya.

"Wuu, mama rindukan taesung dengan chaerin."

Taehyung mencium pipi tembam keduanya.

"Habis tu papa? mama tak rindu ke?" Jungkook memandang taehyung dengan penuh harapan.

"Tak!"

Wajah jungkook bertukar menjadi masam mencuka. Lalu taehyung tersenyum kemudian memeluk tubuh jungkook dengan erat.

"Gurau jelah, mestilah sayang rindukan abang."

Jungkook tak kalah mencium bibir isterinya. Keduanya bahkan tak sadar  jika wanita paruh baya itu menatap mereka.

"Amboi, aku ada ni.. tak malu ke!"

Taehyung dan jungkook meleraikan ciuman mereka.

"Eomma jeles cakap le.. tak dapat buat dengan appa kan?"

"Woi, aku dengan bapak kau tu boleh buat lebihlah.. kalau tak lebih tak akan kau lahir sekarang ni."

Taehyung tertawa tersipu. Kenapalah mak mentua aku cakap macam ni. Malu oi!

"Yelah.." akhirnya jungkook mengalah.

"Meh, sini.. cucu nenek."

Taehyung menghulurkan taesung pada wanita jeon itu.

"Rindunya nenek!" Wanita itu mencium-cium pipi tembam taesung. Disebabkan dia tak larat nak dukung dua sekali gus, terpaksa angkat satu-satu.

Chaerin hanya memandang saat neneknya mencium taesung. Akhirnya wanita itu mengangkat chaerin membuatkan bayi itu tersenyum.

"Chaerin pun nenek rindu juga."

"Jadi anak yang baik macam mama tau. Jangan jadi macam bapak kau ni."

"Eomma!"












Tbc.

𝐉𝐞𝐨𝐧'𝐬 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 [𝐊𝐕]Where stories live. Discover now