" Mak" jerit Yui apabila disergah Rayyan.
Rayyan tersengih melihat wajah cuak Yui. Rasa nak ketawa pun ada tapi didiamkan sahaja.
" Kau kenapa senget? Tak ada kerja ke kacau aku" kepala Rayyan dihempuk tiga buah buku teks yang agak tebal.
" Aduh, sakitlah sengal" Rayyan menggosok kepalanya.
" Lain kali aku tumbuk muka kau kalau kau kacau aku lagi" Yui terus keluar daripada tempat loker itu.
" Kau kenapa Yui? Masam je muka tu" tegur Ryia.
" Si senget tulah sergah aku dengan topeng hantu. Dah tahu aku ni penakut boleh pula dia pergi buat lagi" bebel Yui tidak puas hati.
Yui ni nampak je lembut tapi kalau dah marah, bebelan dia tu cukup buat karangan sampai terkeluar kata kesat dari mulut dia.
" Jom kita pergi dewan"
Mereka berempat menuju ke dewan. Sampai di dewan, mereka duduk berkelompok dengan kumpulan Dark yang lain.
" Kenapa kena perhimpunan tiba-tiba ni? Selalu buat pengumuman je" rungut Grez.
Kepalanya diletakkan di atas bahu Mike yang sedang bersandar pada dinding.
" Selalunya kalau kena turun dewan ni sebab ada hal penting je" Clara cuba mengingat sesuatu.
" Ouh ye baru aku ingat yang bulan depan kita ada sukan. Jadi cikgu nak kumpulkan pelajar-pelajar dulu. Siap-sedia dari awal" mereka yang lain mengangguk faham.
" Tapi tak boleh ke buat hari lain" rungut Grez.
" Padanlah muka kau. Siapa suruh tidur lambat lagi. Main Mobile Legend tak ingat dunia" kutuk Rayden.
Grez hanya menjeling. Malas mahu melawan. Buat habis air liur je kalau nak berlawan mulut dengan Rayden.
" Perhatian kepada para pelajar. Sila beratur ikut rumah sukan masing-masing" Clara dan seluruh pelajar Jacklyn Diomand Highschool mula berdiri.
" Kau rumah sukan apa Clara?" Tanya Mark.
" Forest" mereka yang lain mengangguk. Forest merujuk kepada rumah sukan hijau.
" Pelajar baru sila ke atas pentas" Dark Silver yang lain mula meninggalkan pentas.
" Bermula dari kanan dewan ialah Forest, Water, Blood and Gold"
Clara menuju ke rumah sukannya lalu duduk. Yang lain juga mengikut. Mereka masing-masing berbual antara satu sama lain atau pun hanya berdiam diri sementara para guru menguruskan pelajar-pelajar baru.
Clara terlihat Mark, Rayden dan Merika menuju ke rumah sukannya. Clara tersenyum gembira melihat hal itu. Yui dan Rayyan pula menuju ke rumah sukan water manakala Grez, Ryia dan Mike menuju ke rumah gold.
" Wah kau pun team ni" Merika dan Clara berpelukan gembira.
" Aku pun tak sangka"
" Korang ni aku tengok macam tak pernah jumpa walhal baru berapa minit tadi kita pergi" tegur Rayden dengan riak menyampah.
" Ada susah kan kau ke?" Mata Merika mencerlung tajam melihat Rayden yang hanya buat muka innocent.
" Kau jangan sampai aku tumbuk perut kau" penumbuknya diangkat.
" Kecilnya penumbuk kau" tangan Merika dibelek.
Merika merengus geram lalu merentap tangannya dari pegangan Rayden. Clara sudah tersengih melihat aksi comel sahabat berdua itu.
YOU ARE READING
[ Dark Silver ] ✔️
Teen FictionClara Eden Edryana × Mark Ariel Danieyl °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia misteri Wajahnya sering menjadi tanda tanya Tiada siapa pernah nampak rupa dia Dia pendiam Jarang sekali mahu mendengar s...