Mark mengacau air miliknya menggunakan straw. Rakan-rakannya saling berpandangan antara satu sama lain.
" Kau kenapa Mark?" Tanya Raydan.
" Aku rindu Clara" jawab Mark tidak terdaya.
" Tak lama lagi Clara sedarlah" Kata Yui lembut.
" Tapi sampai bila aku nak menunggu?" Dalam nadanya terdengar seperti membentak.
" Bukan kau sorang je rindu Clara. Kami pun rindu Clara juga" kata Ryia tidak puas hati.
Ryia menjeling Mark tidak puas hati namun Merika menepuk tangan menyebabkan Ryia menjeling Merika pula. Namun lain pula dengan Merika yang membesarkan mata.
❇️✳️❇️
Tangannya bergerak sedikit sebelum matanya terbuka luas. Gelap. Itulah pemandangan pertama yang dia nampak sebaik sahaja mata dibuka.
Clara memandang sekelilingnya sebelum terlihat di jam yang menunjukkan 12 malam.
Dia cuba bangkit dengan kudrat yang tersisa untuk duduk menyandar di kepala katil.
Kepala yang pening di picit. Tangannya tidak terdaya untuk mencapai jug air namun dikuatkan semangatnya. Akhirnya air berjaya dituangkan ke dalam gelas.
Clara meneguk rakus air tersebut. Dia mengeluh lega apabila tekaknya yang kering sudah dibasahkan. Dia cuba mencari sesiapa di dalam bilik itu namun hampa. Tiada satu bayang pun dia lihat.
Clara menekan butang di tepi katil. Beberapa minit kemudian, serang doktor dan seorang nurse masuk bersama.
" Boleh saya check?" Tanya doktor itu.
Clara mengangguk. Mereka berdua mula melakukan pemeriksaan pada Clara.
" Saya dah tidur berapa lama?" Tanya Clara.
" Satu bulan tiga minggu" Clara mengangguk.
" Nak kami panggilkan ibu bapa adik ke?" Clara menggeleng laju.
" Biarlah mereka dulu. Sekarang jam 12 malam. Mesti mereka dah tidur" doktor dan nurse itu mengangguk lapar.
" Doktor, saya lapar" ungkap Clara.
Doktor dan nurse itu tersenyum kecil.
" Nanti nurse hantarkan kamu makanan" Clara mengangguk.
Clara menghantar pemergian doktor dan nurse dari belakang sahaja.
Hampir 15 minit menunggu, akhirnya nurse tadi masuk bersama sebuah dulang.
Terlihat ada bubur dan beberapa buah-buahan yang dihidangkan buat Clara.
" Makan ya" Clara mengangguk.
Clara mula makan bubur itu. Walaupun tawar tapi dia tetap makan bagi melaksanakan perintah perutnya yang sudah lapar.
Dibandingkan perut dengan rasa, perut yang perlu dia puaskan berbanding rasa.
❇️✳️❇️
Clara bermain telefonnya. Satu hari itu dia tidak sesekali membuka message bersama rakan-rakannya, baik ibu bapanya atau abang-abangnya.
YOU ARE READING
[ Dark Silver ] ✔️
Teen FictionClara Eden Edryana × Mark Ariel Danieyl °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia misteri Wajahnya sering menjadi tanda tanya Tiada siapa pernah nampak rupa dia Dia pendiam Jarang sekali mahu mendengar s...