Clara bangun dengan ceria hari ini. Dia menyelak selimut yang dipakai lalu bergegas masuk ke dalam bilik air.Hari ini sudah cukup tiga hari dia cuti sekolah kerana demam. Dan hari ini baru dia pulih kembali.
Baju crop top berwarna hitam dipadankan dengan seluar legging hitam dan juga jaket denim hitam. Topi disarungkan pada kepala bersama dengan mask. Rambut diikat gaya ponytail.
Terlalu ringkas untuk ke markas Druel. Dia memasukkan dompet kecil miliknya dan telefon pintar ke dalam poket jaketnya.
Kunci kereta diambil. Dia bersiul menuju ke pintu rumah. Kasut sneaker berwarna hitam di sarungkan. Cukup hitam untuk hari ini namun untung dia berkulit putih.
❇️✳️❇️
" Cik muda" rata-rata yang berada di dalam markas menundukkan kepala kepada Clara.
Clara hanya mengangguk. Markas ini jarang dia pergi kerana dia tidak berminat dengan dunia hitam seperti abangnya, Clark dan sepupunya Druel.
" Druel ada?"
" Boss ada di dalam" Clara lantas menolak pintu bilik kerja Druel.
" Yow apa khabar?" Sapa Clara selamba.
" Ish terkejut aku" gumam Druel sendiri.
" Kau kenapa datang sini? Jarang nak turun masuk" kening sebelah dinaikkan.
" Aku nak tengok persediaan kumpulan kau" Clara duduk di hadapan Druel. Kedua-dua belah kaki dinaikkan di atas meja lalu disilangkan.
Well, sekali-sekala jadi jahat tak apa kan. Bukan selalu nak tengok sisi jahat dia.
" Sebab itu je ke?" Tanya Druel. Clara mengangguk.
"Macam kau tahu. Minah psiko tu ada bagi warning pada aku sebelum ni. Macam aku takut" ayat dihujung diperlahankan namun dapat ditangkap Druel.
" Yelah, tengok kau yang sekarang. Lagi kuat dari yang dulu" Clara mengangguk mengiakan.
Dua tahun lepas selepas kejadian itu, Clara bertemu dengan dirinya. Clara meminta tunjuk ajar agar dapat balas dendam kepada minah psiko itu. Dan sekarang hasilnya, Clara jauh lebih kuat dari yang dulu.
" Aku nak biarkan tengok betapa jauh lagi rancangan dia nak musnahkan Dark Silver. Biar dia tengok aku masih sama macam yang dulu" Clara menggoyangkan kakinya.
" Want training with me?" Mark mempelawa.
" Boleh juga. Aku dah lama tak panaskan badan"
❇️✳️❇️
Situasi di antara mereka semua sepi tanpa sebarang bicara. Hanya kedengaran bunyi gelas bertemu dengan sudu.
" Kau dah lawat Clara?" Tanya Grez kepada Mark.
" Aku tak sempat. Banyak hal aku nak uruskan minggu ni" jawab Mark.
" Korang dah lawat?" Mereka semua menggeleng mendengar soalan Mark.
Mark menggumam sahaja. Situasi kembali sunyi. Kini berada di dalam bilik privasi di sebuah restoran.
YOU ARE READING
[ Dark Silver ] ✔️
Teen FictionClara Eden Edryana × Mark Ariel Danieyl °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia misteri Wajahnya sering menjadi tanda tanya Tiada siapa pernah nampak rupa dia Dia pendiam Jarang sekali mahu mendengar s...