🛡️ [1] Kampung Elemental

518 65 28
                                    

"Ssttt..." Pemuda bermata emas bernama Gempa memegang kepalanya yang sedikit berdenyut.

Perlahan-lahan dia mencelikkan kedua-dua belah matanya dan anak mata emasnya memerhati sekeliling. Dapat dia rasakan dia berada di suatu tempat yang asing.

Gempa memposisikan dirinya kepada duduk. Dia menoleh ke sisi kanannya dan terlihat rakan-rakannya masih tidak sedarkan diri.

"Kau dah bangun rupanya.." Suara seseorang dari arah belakang Gempa menyentakkannya.

Gempa pantas menoleh ke belakang. Seorang lelaki berbadan agak gempal dan berpakaian serba hijau memandang ke arahnya dengan senyuman nipis pada wajah gelapnya.

"K-kat mane ni?"

Lelaki berbadan gempal itu menghela nafas pendek. "Nanti kami ceritakan selepas kawan-kawan kau dah sedar.. Aku minta diri dulu.." Selepas itu, lelaki itu beredar dari situ, meninggalkan Gempa seorang diri dalam keadaan terpinga-pinga.

Gempa mendiamkan diri seraya menatap semula ke arah rakan-rakannya.

Beberapa minit kemudian, Halilintar dan Fang mula sedar daripada pengsan mereka. Terpisat-pisat mata mereka melihat sekeliling. Mereka berdua cuba mencerna apa yang terjadi.

Diikuti oleh Ochobot, Ali, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Mereka bertujuh membetulkan penglihatan mereka yang kabur.

"K-kita kat mane ni?" soal Taufan sambil memicit dahinya yang terasa berdenyut.

"Aku tak pasti.." balas Gempa lalu menghembus nafas panjang.

"Tempat ni..." Kata-kata Ali terhenti apabila dia teringatkan kisah dahulu. Tidak salah lagi, dia pernah menjejakkan kaki ke situ.

"Cucu-cucu semua dah sedar?"

Suara seseorang menegur mengejutkan mereka semua. Mereka semua pantas mengalihkan perhatian ke arah hadapan mereka.

Kelihatan seorang lelaki tua sambil memegang sebuah tongkat datang bersama seorang gadis manis bertudung merah jambu dan seorang lelaki berbadan gempal yang menegur Gempa tadi.

"Erm, atok ni siape?" soal Gempa terus terang.

"Perkenalkan, atok adalah Tok Aba.. Dan ni cucu-cucu atok.. Yaya dan Gopal.." ujar lelaki tua bernama Tok Aba itu sambil menunjuk ke arah dua orang remaja yang berada di samping kira dan kanannya.

Yaya dan Gopal memberi senyuman nipis ke arah mereka semua.

Gempa dan yang lain berpandangan antara satu sama lain.

"Macam mana kami boleh berada di sini?" Fang menyoal apabila merasakan sesuatu yang pelik berlaku kepada mereka semua. Setahunya, mereka tadi dalam keadaan berperang.

"Nanti atok jelaskan.. Atok pasti cucu-cucu semua penat kan? Berehatlah.." Tok Aba menoleh ke arah gadis bertudung merah jambu yang berada di samping kanannya. "Yaya, bawa mereka semua ke bilik tetamu.."

"Baik tok.." Yaya mengalihkan pandangan daripada Tok Aba ke arah para putera tersebut. "Jom ikut saya ke bilik tetamu.."

Tanpa menunggu balasan daripada mereka, Yaya sudah mula melangkah beredar dari situ. Gempa dan yang lain dengan kelam-kabut mengejar langkah Yaya yang semakin menghilang. Tok Aba dan Gopal yang melihatnya hanya tertawa kecil kerana geli hati melihat perlakuan mereka.



🛡️ T H E    7    W A R R I O R S    2 🛡️



"Bilik ni ada sepuluh katil di mana terdapat dua katil yang bertingkat tiga dan satu katil bertingkat empat.. Jadi, cukup untuk korang semua tidur di sini.." ujar Yaya yang sudah memasuki sebuah bilik yang diperbuat daripada kayu itu.

BOBOIBOY: THE 7 WARRIORS 2Where stories live. Discover now