002

132 28 22
                                    

" jom lah kerja dengan aku jadi pekerja dekat kafe ni, ada jawatan kosong tau " dia disebelah asik memujuk.

Ingatkan apalah yang kecemasan sangat rupanya semata - mata untuk bekerja sama dengannya. Aku tidak membantah malah menurutnya sahaja.

Dia terlompat keriangan seperti budak kecil. Lagipun aku terima kerja ini kerana aku sudah lama mengganggur. Keluarga aku dulu memiliki bisnes sendiri tetapi tidak tahan lama, mereka ditipu.

Keluarga kami disahkan muflis, tidak lama selepas itu aku diuji dengan kehilangan ibu, ayah, dan adik lelaki aku. Kini tinggallah aku seorang diri di dunia fana ini.

Dikurniakan sahabat baik seperti Seonghwa pun sudah memadai. Aku sungguh bersyukur ada juga yang masih ambil berat terhadap aku.

AKU menolak troli yang berisi makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan yang memesan. Manakala Seonghwa sedang menghantar minuman.

" selamat datang " ucap penyambut tetamu di pintu utama.

Aku palingkan wajah ke arah pintu utama tersebut. Senyumanku mati tatkala melihatnya. Riak wajahku dikawal sehabis baik.

Lelaki dimple yang menyelamatkan aku tiga hari lepas. Dia juga turut memandang aku sambil tersenyum manis. Petanda apakah ini?

Untuk kali kedua, hati wanita aku terusik pabila melihatnya. Dikenakan dengan warna elegan di tubuhnya menaikkan seri ketampanannya.

Tidak dinafikan, dia sangat sempurna sama seperti kami berjumpa hari itu.









hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now