012

89 19 6
                                    

Suasana senyap , tidak seperti selalu. Pastinya keheningan malam serta pagi aku ditemani bunyi bunyian tumbukan dan tamparan.

Tetapi tidak untuk tiga hari ini.

Masing - masing sibuk melayani jiwa sendiri. San mungkin terkesan dengan kata - kata aku untuk tiga hari lalu.

Baju - baju miliknya selesai digosok dan digantung kemas. Entah kenapa warna hitam sangat elegan padanya.

Bunyi pintu ditutup , pantas aku mengalih pandangan aku ke arah pintu. Ternyata perbuatan itu dari San.

Dia campakkan telefon baru aku ke atas katil.

“ seonghwa mesej kau , balas sekarang ”

Aku pun hanya menuruti sambil duduk berhadapan dengannya di atas katil.

seonghwa
i miss you. soo , hey ?

“ kenapa awak pilih saya sebagai sasaran seterusnya ? ” aku letakkan telefon disebelah dan mula memandangnya.

“ selepas ni , apa pula hukuman saya ? ” soal aku tanpa rasa ragu.

“ disebabkan kau tiada perubahan , aku akan lepaskan kau tak lama lagi , selepas aku lepaskan kau , satu benda baru yang akan kau pelajari dari perbuatan aku....

......tiada istilah cinta pandang pertama dalam dunia ni ”

Tali - tali yang diikat ketat di sisi badanku kini kian melonggar satu persatu. Adakah benar dia akan melepaskan aku ?

Kenapa aku rasa hiba seperti mahu menangis. Ya, aku nangis lagi.

“ a-awak nak le-lepaskan s-ssaya ke ? ”

HATI AKU HANCUR !



hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now