003

120 28 20
                                    

Pertemuan kami membawa kepada sebuah perkenalan. Siapa sangka kami sudah mula mengenal hati budi masing - masing.

" nah, San beli chocolate untuk Soojin "

Dia mengusap belakang lehernya dengan wajah yang tersipu malu. Membuatkan aku juga ikut turut berasa malu.

" tak perlu setiap hari San beli semua ni untuk Soojin lah "

Kami berdua berjalan bersama - sama menuju ke apartmen milik aku. Setiap hari San akan menghantar aku pulang.

Tentang Seonghwa, aku rahsiakan perkenalan kami kepadanya. Semestinya dia akan memarahi aku jika berkenalan dengan orang baharu. Tetapi aku hanya endahkan.

Aku dekatkan wajah ke bajunya kerana hidung aku terhidu sesuatu. Bau minyak wangi, ternyata dia memang suka memakai minyak wangi.

Bau inilah yang menyebabkan aku tidak boleh tidur malam.

" Soojin suka tengok lesung pipit San " pujiku.

Dia membuntangkan mata serta bibirnya dijuihkan kedepan. Seraya itu dia terus tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Merona pipi aku menahan rasa ini. Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke wajahku untuk menunjukkan lesung pipitnya.

" eish San ! hm dah lah " bibirku dimuncung.

Aku sengaja merajuk dengannya tanpa sebab. Kerana aku suka bila dapat dipujuk oleh lelaki ini. Dia mula memandang tempat lain sambil jarinya ditundingkan ke arah laut.

" San cintakan Soojin sama banyak dengan air laut tu tau "

jantung aku aaaaa !





hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now