005

106 25 28
                                    

Rambutku ditarik kasar sebelum dia menghentakkan kepala aku di dinding. Dengan sekali hentaman, kepala aku dihentak kasar.

Leher jinjangku diregutnya kuat. Urat - urat di dahinya terbit bersama wajah yang bengis. Tidak sama seperti San yang aku kenal dahulu.

Terasa kepala aku berdenyut - denyut. Mata aku tidak dapat dibuka sepenuhnya. Jari jemarinya kemas melilit di leher aku. Dicekiknya hingga aku sukar untuk bernafas.

" dasar perempuan murah ! kau pilih rupa lagi dari aku ?! bodoh ! kau layak mati ! " amukannya menakutkan aku.

Telefon milik aku berdering. Dia pantas ambil dan patahkan sehingga terbelah. Betapa lelaki dihadapanku ini sungguh kuat tidak diduga.

Aku tidak berdaya untuk berlawan selepas dipukul teruk olehnya. Aku tidak mengerti mengapa dia cepat berubah hati. Apa salahku terhadapnya sehingga aku diperlaku begini?

Nafasnya turun naik. Dia menjeling aku yang masih kaku tersandar di dinding. Dia hadiahkan senyuman mengejek.

" jangan fikir kau dah cukup sempurna untuk dicintai seseorang , lee soojin . cermin diri kau dulu sebelum nak jadi kekasih aku , kau faham tak ? "

Sebelum dia beredar, aku pantas memaut lengannya namun aku ditampar kuat sehingga badanku menyembah bumi.

Air mata yang ditahan pantas mengalir. Tidak dengan itu, satu tendangan darinya menyinggah di perut aku. Mahu saja aku keluarkan segala isi dalam perut aku.





hurt + love  ¦ choi san Where stories live. Discover now