00 :: Prologe

132 25 0
                                    

" Wei  ! Moon Sihyoun  ! Tunggu aku sekejap !" laung si abang sulungnya iaitu moon taeil sambil berlari ke arah adik perempuannya sihyeon didalam keadaannya yang sudah termengah-mengah akibat lari tergesa-gesa sangat 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Wei  ! Moon Sihyoun  ! Tunggu aku sekejap !" laung si abang sulungnya iaitu moon taeil sambil berlari ke arah adik perempuannya sihyeon didalam keadaannya yang sudah termengah-mengah akibat lari tergesa-gesa sangat  . Sihyoun memalingkan wajahnya menghadap abangnya taeil yang sedang membetulkan saluran penafasannya , niatnya yang ingin menaiki anak tangga terus terbantut .

Dia mengerut dahinya tatkala sebentar tadi taeil daripada tadi terjerit-jerit sahaja namanya  . Apalah masalah si abangnya itu  , ke ada apa-apa yang dia mahu sampaikan ini  . Ya lah  , abangnya nampak semacam tergesa-gesa sahaja je tadi  . Mesti ada sesuatu yang dia ingin sampaikan kepada sihyoun  .

" ahhh  .. Disebabkan haritu aku lupa nak beri engkau hadiah  . Jadi  , semasa aku dalam perjalanan pulang dengan jaehyun , aku sempat lagi beli kan hadiah sambutan hari lahir untuk kau  .. Harap kau suka lah dengan pemberian aku ini  , walaupun tak seberapa  .. Janji kau guna juga kan " jelas taeil lalu dia tangannya lurus sahaja menghulurkan beg kertas yang berisikan sebuah objek yang agak besar malahan terasa berat bila sihyoun memegangnya . 

" apa benda ni  ? Asal berat sangat ? " tatkala hadiah bertukar tangan  , terus itu sihyoun menyoal abangnya untuk mengetahui barang yang diberi oleh taeil  . Taeil tidak membalas soalan yang dilemparkan oleh sihyoun namun dia membuat isyarat supaya sihyoun melihat isi kandungannya sendiri  , tak mengejutkan lah jika dia sudah memberi tahu  .

" hesy  , nanti aku tengoklah dekat dalam bilik  .. " kata sihyoun sambil membuat muka menjengkelkan saja  .

" dan terima kasih untuk ni .. " ucap sihyoun lagi sebelum dia menyambung menaiki anak tangga yang tergendala sebentar tadi  .

Krekk ! Krekk  !

Sihyoun menguak daun pintu setelah dia sudah tiba dihadapan bilik tidurnya  . Beg plastik yang dihadiahkan oleh si abangnya taeil diletakkan pada atas meja belajar terdahulu . Sihyoun mula menghayunkan langkahnya masuk ke dalam tandas untuk membersihkan dirinya selepas pulang daripada sekolah  .

Suasana didalam bilik tidurnya hanya ditemani dengan bunyi pancuran air daripada dalam tandas  . Malahan bukan bunyi itu sahaja  , adalah suara nyanyian merdu oleh sihyoun yang bergema di seluruh bilik itu juga  . Biasalah  , sihyoun ni memang tabiat dia macam tu  , masuk sahaja dalam bilik air mesti ada je benda yang dia nak terpekak terlolong  . Nasib orang luar tak dapat dengar suara nyanyian dia tu .  Kalau tak memang kena balik seliparlah namanya nanti  .

Lima minit telah berlalu  , sihyoun akhirnya selesai juga membersihkan dirinya  , sekarang dia sudah berbau wangi semerbak satu bilik daripada bau yang kurang enak sebelum tadi .  Rambut panjangnya yang terurai itu dikeringkan dengan menggunakan alat pengering rambut supaya rambutnya tidak basah lagi . 

Anak mata sihyoun tertangkap pada beg plastik yang terletak di atas meja belajarnya  , oh baru teringat yang dia terlupa pula nak buka isi kandungan didalam beg plastik pemberian abangnya tadi  . Laju sahaja dia mencapai beg plastik itu sambil melabuhkan punggung di atas katil yang terasa empuk bagaikan span sahaja. 

Dengan perasaan yang tak sabar dan ingin tahu objek tersebut  , terus sihyoun membuka pembalut hadiah yang berwarna biru bercorakkan bunga-bunga ros yang banyak  .

" wah  , cermin lah ! " anak matanya seperti bersinar-sinar melihat hadiah yang diberikan oleh abangnya taeil  , ianya sebuah cermin yang lawa dengan ukiran bunga-bunga yang terdapat pada sekelilingi cermin itu .  Terukir senyuman lebar pada bibir merah jambu miliknya  . Juga  , dia tak sangka dengan abangnya yang tahu-tahu saja dia amat suka dengan cermin  . Biasalah  , dia ni kan suka sangat tengok cermin  . Boleh dikatakan  , setiap hariannya mesti cermin alat wajib baginya  .

Kemudian  , dia membelek-belek setiap inci cermin yang bersaiz sederhana itu  , wajahnya amat menunjukkan yang dia sangat suka dengan hadiah ini  . Rasanya  , mungkin lawa jika digantungkan pada dinding  . Kalau begitu  , setiap hari dia akan tengok wajah cantiknya yang terpantul didalam cermin ni  . Detik hati sihyoun teruja  .

Tanpa membuang masa yang lama  , terus sihyoun menampalkan cermin cantik itu pada dinding biliknya sendiri disebabkan cermin itu sejenis yang terus lekat pada dinding saja  , jadi tak menyusahkan lah kerjanya nak tebuk lubang bagai  .

" aiii  .. Lawanya lah cermin ni .. Abang aku ni memang terbaiklah  , hadiah dia tak pernah nak mengecewakan aku  " omel sihyoun sendirian tatkala memori dia teringat-ingat akan hadiah yang abangnya selalu bagi setiap kali sambutan hari lahirnya  .

" SIHYOUN  ! EOMMA PANGGIL SURUH MAKAN MALAM ! " Laung abangnya taeil yang berada ditingkat bawah  , namun suara nyaringnya itu masih dapat didengari oleh sihyoun  . Kalau abang dia highnote tu memang terus runtuh satu rumah ni dibuatnya nanti .

Apabila namanya sudah diseru oleh taeil lantas itu sihyoun menapak keluar daripada biliknya untuk pergi turun makan malam bersama dengan keluarganya  . Mungkin mereka tengah menunggu dia sekarang  . Selepas bayangan gadis itu mulai menghilang daripada ruang bilik  , tiba-tiba ada segumpulan asap-asap berwarna-warni seperti galaxy keluar daripada dalam permukaan cermin tersebut  .

          ✎tσ вє cσntínєud










【C】The Mirror :: i will back Where stories live. Discover now