01 :: mirrOr

91 21 0
                                    

Selepas selesai sahaja makan malam bersama dengan ahli keluarganya  , sihyoun kemudian meminta dirinya untuk masuk ke dalam bilik semula sekian dia selesai menolong eommanya membasuh pinggan dan melaksanakan tugasannya di dapur bersama dengan eomm...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas selesai sahaja makan malam bersama dengan ahli keluarganya  , sihyoun kemudian meminta dirinya untuk masuk ke dalam bilik semula sekian dia selesai menolong eommanya membasuh pinggan dan melaksanakan tugasannya di dapur bersama dengan eommanya Puan hyoyeon .

Hari sudah masuknya larut malam waktu-waktu untuk pelajar seperti dia sepatutnya kena masuk tidur sekarang  . Namun  , gadis muda yang bernama sihyoun masih lagi belum dibuai mimpi lagi . Sihyoun sedang menyibukkan dirinya dengan menyelesaikan kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh cikgunya pada petang tadi di sekolah . Dia perlu menyiapkan kerjanya pada malam ini juga kerana hari esok mungkin cikgu akan menyemak kerja sekolahnya  , untuk mengelakkan terkena denda dia perlu mengambil masa yang lama untuk masuk tidur walaupun kelopak mata ini masih terasa berat  , dia cuba menahankan dirinya daripada terlelap  .

Selang berapa minit  , jarum jam sudah menunjukkan sudah masuknya pukul 11 malam  , sihyoun masih lagi berlawan mata dengan buku dihadapannya  . Daripada tadi dia asyik menguap-menguap sahaja . Pandangannya yang tadinya jelas saja kini mula bertukar kepada samar-samar bermaksud dia memang perlu masuk tidur . Jika tidak  , mungkin pagi esok dia akan mengantuk sahaja disekolah  .

" Ahhh tak mengapa  , lagi sikit sahaja ! Sekejap lagi siaplah kerja ini  .. Aku patut bertahan daripada semua ni  , demi tak nak kena denda  .. Aku perlu siapkan semuanyaaa  ," kata sihyoun kepada dirinya sendiri  , dia mula membuka anak matanya menjadi buntang  . Penglihatan yang kelihatan samar-samar itu ditenyeh dengan tangan untuk menjadikan jelas semula  .

Tittt  ..

Akhirnya sihyoun selesai juga menyiapkan kerja sekolahnya yang belambak itu  , dia meregangkan tubuhnya yang sedikit letih dan penat akibat asyik duduk saja daripada tadi  . Lebih lagi  , kerusi ini bukannya selesa pun benda yang diperbuat daripada besi  , ya amat penyakitkan punggungnya menyebabkan boleh rasa kekebasan .

Sihyoun mula mengemas barang-barangnya yang sudah berselerak di atas meja belajar  , buku-buku latihannya dan alat tulis pula disimpankan ke dalam beg sekolah hariannya  .

" ahhhh  ! .. Sekarang masa aku untuk masuk tidur  , dan sebelum tu aku kena basuh kaki dulu kalau tak memang dapat mimpi ngeri lah nanti  " pesan sihyoun kepada dirinya sendiri , lalu menghayunkan langkahnya memasuki ke dalam tandas untuk membasuh kaki dan juga menggosok gigi sebelum dia membawa diri rebah di atas katilnya  .

Tidak mengambil masa yang lama  , sihyoun selesai melakukan perkara yang sepatutnya  . Keluar sahaja dalam bilik air  , terus sihyoun membawa dirinya merebah di atas katil yang amat empuk dan selesa untuk dibaring  . Syiling yang berwarna putih di atas menjadi renungan lamanya sebelum mata dilelapkan Menjadi gelap .

Suasana didalam biliknya hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang dipasang  . Dan bunyi daripada serangga-serangga di luar  . Amat sunyi dan membosankan  , matanya masih belum dapat terlelap bagikan tidak dapat tidur pula  . Walaupun dia sudah cuba pejamkan mata , namun masij tidak dapat  .

【C】The Mirror :: i will back Where stories live. Discover now