06 :: mirrOr

43 18 0
                                    

Selepas pulang sahaja daripada balai polis  , terus taeil bermundar-mandir didalam bilik adik perempuannya sihyoun  , hatinya tidak tenteram memikirkan tentang hal kehilangan adiknya secara mengejut 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas pulang sahaja daripada balai polis  , terus taeil bermundar-mandir didalam bilik adik perempuannya sihyoun  , hatinya tidak tenteram memikirkan tentang hal kehilangan adiknya secara mengejut  . Dia pun berasa aneh juga  , siapakah orang yang telah menculik adiknya itu kalau dia jumpa lah manusia tiada hati perut tu sudah lama dia akan tikam-tikam perut orang tu , tidak cukup lagi dia akan cincang-cincang sekali daging orang tu biar kasi makan anjing  . Sampai hati ya curi adik kesayangan dia tu  .

Sudah dua hari bayangan sihyoun masih tidak muncul didepan penglihatannya.  Dia amat rindu akan sihyoun juga sikap adiknya yang penuh kenakalan itu  , semua itu dia rindu  . Dan sepanjang kehilangan sihyoun lah  , dia langsung tak keluar rumah dua hari ini melainkan pergi ke balai polis ingin dapat maklumat lebih lanjut  .

" sihyoun ~ " serak basah suara taeil memanggil nama adik perempuannya  , anak mata direnung ke arah foto sihyoun didalam bingkai gambar yanf tengah tersenyum ke arahnya  , ahh senyuman itulah yang membuatkan dia amat berasa rindu sekali  .

" kau dimana  ? Pulanglah  , aku sangat rindukan kau  .. Tolonglah jangan tinggalkan aku  , aku sayang kau  .. " menolog taeil sambil mengesat air matanya yang mula menitis keluar disaat merenung lama gambar sihyoun  . Dia melabuhkan punggung di atas katil sihyoun  , kakinya berasa lenguh kerana asyik berdiri sahaja tanpa duduk  .

Tingg  .. Ting  ..

Terus anak mata taeil tertumpu ke arah bunyi berdenting-denting yang terhasil daripada telefon milik sihyoun  , dia mencapai lalu membuka mesej daripada kawan sihyoun iaitu yeji  , hurmm—keluhan dilepaskan sebelum membaca mesej tersebut  .

From : yejiluvliee

Mesej ■ weih asal dowh lama kau tak datang sekolah  , ada apa-apa hal ke  ? Bagilah tahu aku ni  .. Aku risau ni wey  ..
Reply  : datang sini  ..

Balas sahaja mesej daripada yeji terus taeil meletakkan semula telefon sihyoun diatas meja kopi semula  , yeji memang tak tahu lagi tentang kes kehilangan sihyoun , jadi lebih baik dia beritahu harini  .

Tanpa membuang masa yang lama  , taeil menghayunkan langkahnya menapak keluar daripada bilik sihyoun  .

                    ▩▩▩▩

" Wah ! Dekat sini pun banyak buah juga ! " teriak sihyoun teruja melihat pelbagai jenis buahan yang langsung dia tak pernah dilihat dan memang tak pernah wujud didunia dia  , ada juga buah tomato berwarna emas dan buah pisang yang selalunya berwarna kuning  , apabila disini berwarna ungu  . Semuanya amat aneh  , tetapi rasanya tetap sama jugakah ataupun lain  . Itu dia kurang pasti  .

" kalau sihyoun nak ambillah tapi jangan pergi jauh-jauh ya "pesan wooyoung sebelum kelopak matanya dilelapkan  , dia mengantuk kot semalam jongho asyik ajak dia main permainan video kot  , kejam sungguh ahli termuda mereka tu  . Wooyoung merehatkan dirinya diatas bangku yang terdapat dibawah pokok ceri  .

Seperti mana yang di pesan oleh wooyoung  , sihyoun hanya berjalan ditempat-tempat yang dekat saja  , kan wooyoung sudah pesan jangan jalan jauh-jauh  , lagipun sihyoun ni masih belum tahu lagi tempat-tempat disini jadi akur sajalah  .

" Aku suka buah pisang tapi  , kenapa pisang ni agak unik cuba aku merasanya dahulu mana tahu rasa masih sama ke  .. Kita rasa ya  " sihyoun mengambil buah pisang yang terdapat di atas pokok  . Lalu dia membuka kulit pisang yang berwarna ungu itu  , sama juga didalamnya pun warna ungu juga tapi rasa dia tak tahu lagi  .

Perlahan-lahan sihyoun menggigit dan mengunyah buah pisang itu sehingga lumat  . Dia berhenti daripada mengunyah  .

" wei ! Kenapa pisang dekat sini sedap sangat  ! " terus itu sihyoun memasuki banyak pisang ke dalam mulutnya  , ahh rasa buah pisang dekat sini lebih jauh beza daripada pisang yang asal  . Sedap dia macam dekat syurga je .  Pertama kali  ,  dia melihat buah pisang begini dan sesedap macam ni  .

Tengoh sibuk sihyoun menikmati buah pisangnya  , tiba-tiba iris mata dia tertangkap pada bayangan susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali ianya kang yeosang bukan  ? Tak silap dia lah itu lelaki yang bersikap dingin dan pendiam  . Dia sekadar memerhati sahaja bayangan itu mula berjauhan  . Entahlah dimana lelaki itu ingin tujui  .

" dia nak pergi mana  ? Patutkah aku ikut dia juga  , lagipun sikap misteri dia tu agak membuatkan aku berasa ingin tahu  " menolog sihyoun  , perlahan-lahan dia mula mengorak langkah ingin mengekori lelaki itu  .

" sihyoun sshii  ! Jom balik ! Ahli lain dah panggil tu  " laung wooyoung yang sudah terjaga daripada tidurnya  , terus niat sihyoun terbantut  .

" baiklahhh  " balas sihyoun kemudian dia menukar langkahnya pergi ke arah wooyoung semula  . Ahh  , baru sahaja dia mahu mengekori lelaki tu terus tak jadi .  Tak mengapa  , mungkin lain kali dia dapat ekori  . Itupun kalau dia nampaklah . 

                    ▩▩▩▩

" A—APA SIHYOUN HILANG  , KENAPA TAK BAGITAHU SAYA AWAL-AWAL  .. Patutlah dia tak datang je  , saya ingatkan dia sakit ke apa  .. " kata-kata penjelasan taeil membuatkan yeji terperanjat mendengarnya  , patutlah dia asyik rasa tak sedap hati je rupanya tentang hal tu  .

" sihyoun dimana kau  " kata yeji perlahan  , hatinya mula berasa sebak atas kes kehilangan kawan rapatnya itu  . Sudah dua hari  , dia tak jumpa-jumpa sihyoun  .

" jadi  , korang dah lapor daripada pihak polis kah  ? Mesti mereka tahu , bukan  ? " soal yeji ingin tahu  , namun taeil dan Puan hyoyeon sekadar membalas dengan gelengan sahaja  . Bermaksud kes ini memang tiada penyelesaiannya  .

" habistu apa kita nak buat sekarang takkan nak biarkan saja kes ni sampai masing-masing diam  ... Tak ada ke petunjuk-petunjuk  ? " tanya yeji lagi  . Sama seperti balasan tadi  . Yeji melepaskan keluhan berat .

" ada tak orang-orang jahat ke telefon minta wang tebusan  ? Ada ke  ? " tanya yeji lagi  .

" tak  " balas taeil dan Puan hyoyeon  , sepanjang masa ni tiada pula mereka dapat panggilan yang macam tu  .

" kes ni agak luar biasa .. Siapa pula orang yang jahat tu " omel yeji perlahan .

" hurmm  , okeylah yeji minta di—"

Bammm  ! Grupp  !

Tiba-tiba gegendang telinga milik yeji terdengar bunyi air hujan turun dengan lebatnya bersamakan dengan guruh-guruh dan kilat  . Terus yeji tergamam  .

" makcik rasa lebih baik yeji bermalam dekat sini lagipun hari sudah lewat malam  , lebih lagi hujan pula turun  " pelawa puan hyoyeon  . Yeji kembali duduk semula terus tak jadi nak bangun balik  .

" b—boleh ke  ? " tanya yeji yang ragu-ragu dengan pelawaan puan hyoyeon  .

" boleh saja  , yeji kan kawan sihyoun  .. " balas puan hyoyeon sambil disetujui oleh taeil pula  .

" terima kasih  " ucap yeji ramah  .

" hurmm taeil bawakan yeji dekat bilik sihyoun  , biar dia bermalam disitu  .. " pinta puan hyoyeon kepada anak lelakinya itu  .

" hurm  , yeji ikut saya  " ajak taeil lalu dia mendaki anak tangga turut diikuti dengan yeji dibelakangnya  .

Daun pintu bilik sihyoun dikuak oleh taeil  , mereka berdua melangkah masuk  . " hurmm  , yeji pasal pakaian awak jangan risau  .. Pinjam saja baju sihyoun tu  .. " kata taeil  .

" okey , terima kasih  " ucap yeji lalu menunduk tanda berterima kasih dengan taeil  .

" tak apa  , nanti turun bawah makan  " pesan taeil disaat dia sudah berada di luar bilik  .

       ✎tσ вє cσntínєud










【C】The Mirror :: i will back Where stories live. Discover now