32

2.2K 73 0
                                    

SUDAH dua bulan Aisya dan Ilhan menjadi suami isteri. Selama dua bulan, dia akui semuanya berubah 100%. Dulu apa-apa yang dia buat, mesti dia akan dahulukan ibu bapanya tetapi sekarang dia perlu mendahulukan suaminya, Ilhan.

Kini, dia ada seseorang yang sebumbung dengannya di rumah. Yang akan selalu memerhatikanya dan orang itu jugalah yang akan menjaga dirinya.

Oh ya. Aisya dan Ilhan juga sudah menetap di rumah mereka sendiri. Rumah itu dibeli oleh Ilhan semasa dia merancang untuk berkahwin dengan Nur. Tetapi semuanya berubah apabila Nur meninggalkannya. Kini, rumah itu diduduki oleh mereka berdua yang sudah sah sebagai suami isteri.

Apabila sudah tinggal serumah, barulah Aisya dapat mengenali sifat sebenar Ilhan. Dari segi luaran, Ilhan seperti pendiam tetapi sebenarnya dia sangat suka berbual dan quite funny orangnya. Yang paling dia tak sangka sekali, Ilhan juga suka mengumpul dinosaur mainan. Minatnya yang mendalam dengan dinosaur, sampaikan satu almari penuh dengan dinosaur mainan yang mempunyai pelbagai nama dan jenis. Ilhan juga gemar menonton cerita berkaitan haiwan itu seperti Jurassic Park. Tonton berulang kali pun dia tidak jemu. Menurut Ilhan, sejak dia berumur 10 tahun lagi dia memang suka mengumpul dinosaur itu. 'Patutlah jadi Cikgu Sains.'

Aisya juga pernah teringat yang Ilhan memaksanya untuk menghafal semua nama-nama dinosaur mainan tersebut. Pening kepala Aisya mahu menghafalnya. Ilhan... Ilhan...

*flashback*

"Pening lah Aisya nak hafal semua nama ni." rungut Aisya kepada Ilhan. Malam-malam pula tu. 'Orang nak tidur, masa tu lah nak suruh hafal nama-nama dinosaur.' rungut Aisya di dalam hatinya. Nasib baik suami, layankan saja lah Aisya oii..

"Senang je lah.. Yang ni tyronnosaurus rex atau nama pendek dia t-rex, yang leher panjang ni pula brontosaurus, yang ni spinosaurus..." ujar Ilhan sambil menunjukkan dinosaur mainannya kepada Aisya satu persatu. Kelakar saat dia mendengar rungutan Aisya. Dia saja mahu meluangkan masa dengan isterinya. Waktu siang dia sibuk mengajar di sekolah, manakala Aisya pula hanya duduk di rumah sahaja. Kalau ada meeting dengan client di KL, barulah Aisya akan keluar. Dia tidak mahu Aisya berasa bosan dengannya.

"Taknak lah Aisya hafal, pening kepala Aisya. Yang Aisya tahu semua tu dinosaur. Titik." kata Aisya lagi dengan nada merungut.

Ilhan ketawa lagi.

"Lagipun buat apa Aisya nak hafal semua ni. Bukan penting pun." sambung Aisya lagi.

"Eh, penting lah." balas Ilhan.

"Apa kepentingannya?" soal Aisya.

"Penting lah.. Nanti kalau kita ada anak, Aisya kenalah ajar anak kita nama-nama dinosaur ni." jawab Ilhan lembut.

Gulp!! Aisya terdiam.

"Ermm. Ab.. Abang je lah yang ajar. Abang kan cikgu." bidas Aisya.

Ilhan tersenyum. Dia tahu Aisya sedang menahan malu.

"Aisya pun kenalah ajar sekali. Anak kita kan." ujar Ilhan lagi. Sengaja mahu menduga Aisya.

Aisya terdiam lagi. Maluuuuu.

"Dahlah.. Aisya nak tidur." kata Aisya mahu menukar topik perbualan.

"Ye ke nak tidur? Ke malu?" soal Ilhan lagi mahu mengenakan Aisya. Dia suka melihat Aisya malu-malu. Comel..

"Ma.. Ma mana ada. Aisya mengantuk lah. Esok-esok je lah Aisya hafal." nafi Aisya dengan tergagap.

Aisya pun berlalu ke katil dan mengambil tempatnya lalu memejamkan matanya.

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

"Okay. Goodnight." bisik Ilhan di telinga Aisya.

Aisya terus membuka matanya dan terkejut kerana muka Ilhan betul-betul dekat dengan mukanya.

"Abang! Terkejut Aisya." ujar Aisya sambil menepuk dada Ilhan perlahan.

Ilhan hanya ketawa.

"Sorry sorry." ucap Ilhan dengan sisa tawanya.

Aisya mencebik.

"Abang kemas balik semua dinosaur yang abang ambil dekat almari tu, sebelum Aisya yang betul-betul jadi dinosaur nanti." kata Aisya dengan ugutan.

Ilhan ketawa lagi mendengar ayat terakhir Aisya.

"Tiba-tiba abang rasa excited pula." ujar Ilhan pula.

Aisya pandang pelik.

"Excited apa?"

"Excited nak dapat anak." ujar Ilhan dengan senyuman nakal.

Mendengarkan itu Aisya terus membungkus tubuhnya dgn selimut. Sekarang ini dia benar-benar malu dengan Ilhan. Ilhan memang suka mengenakannya. Tapi dia suka. Eh?! Hahaha

*end flasback*

Aisya tersenyum saat mengingatkan kembali memori itu.

Walaupun perangai Ilhan itu kadang sedikit 'nakal' baginya, dia tetap bersyukur Ilhan menerima setiap kekurangan dirinya. Ilhan seorang suami yang baik. Ilhan menjaganya dengan baik. Walaupun Ilhan masih lagi tiada rasa cinta kepadanya, tetapi Ilhan masih melayannya dengan baik. Tetapi itu yang dia masih risau. Dia takut Ilhan tidak boleh melupakan Nur. Alangkah bahagianya jika Ilhan juga mempunyai perasaan yang sama padanya. Walau bagaimanapun dia faham keadaan Ilhan. Dia perlu memberikan sedikit lagi waktu untuk Ilhan. Setiap hari dia berdoa agar Ilhan dapat membuka hatinya untuk mencintai dan menyayanginya setulus hati sebagai seorang isteri. InsyaAllah. Waktu itu akan tiba. Dia perlu bersabar.

💕💕💕

Aisya mendengar bunyi kereta Ilhan menandakan Ilhan sudah pulang. Aisya segera membuka pintu rumah dan menyalam tangan suaminya. Itu sudah menjadi rutin seharian mereka. Aisya akan bersalaman dengan Ilhan sewaktu suaminya mahu pergi kerja mahupun pulang dari tempat kerja. Itu nasihat dari ibunya, Puan Yati.

"Aisya ada masak lauk kegemaran abang. Abang nak makan?" soal Aisya. Wajah suaminya nampak penat.

"Abang nak mandi dan solat dulu. Nanti abang turun makan." balas Ilhan lalu terus menaiki tangga untuk ke bilik.

Aisya pelik dengan sikap suaminya pada hari ini. 'Kenapa dia macam badmood je harini? Penat kot.' desis Aisya mahu menyedapkan hatinya.

Aisya pun menutup pintu rumah lalu menuju ke dapur untuk menyediakan makanan untuk makan bersama suaminya.
...
Di dalam bilik, Ilhan terus meletakkan barang-barangnya yang dibawa ke sekolah tadi. Dia membuka bajunya untuk mandi. Hari ini dia berasa sangat penat. Dengan pelajarnya yang buat hal. Almaklumlah, mengajar di sekolah menengah memang banyak cabarannya. Walau apapun dia perlu banyak bersabar. Ilhan mengeluh.

Tiba-tiba Ilhan teringat pada Nur. Dia kembali duduk di hujung katilnya. Sudah hampir 2 bulan dia tidak tahu khabar berita tentang Nur. Sihatkah dia di negara orang? Sebelum ini, jika dia sedang stress dengan pelajarnya, Ilhan selalu menghubungi Nur untuk mendapatkan kata-kata semangat. Tetapi sekarang? Ilhan mengeluh lagi.

Dia akui bahawa dia masih lagi tidak dapat melupakan bekas tunangnya, Nur. Susah baginya untuk melupakan wanita itu. Wanita yang benar-benar dia cintai sepenuh hatinya. Tetapi sekarang ini, dia sudah berkahwin dengan Aisya. Dia sudah berjanji pada keluarga isterinya untuk menjaga Aisya dengan baik. Kadang-kadang dia rasa serba salah kepada Aisya. Dia cuba untuk menjadi suami yang terbaik. Sejujurnya dia sudah jatuh sayang kepada Aisya. Dengan sikap Aisya yang manja dan periang membuatkan dia sayang pada isterinya. Aisya juga melayannya dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Makan pakai minumnya semua terjaga. Cinta? Dia masih lagi tiada jawapan untuk itu.

Penat memikirkan hal itu, Ilhan terus berlalu ke bilik air. Dia perlu mandi dan solat untuk mengurangkan stressnya.

✨✨✨
Konflik akan bermula antara Ilhan dan Aisya. Tq pada yang baca🌹. Kalau rajin vote lah sekali 👉👈 hehehe.


Hanya Kamu ©Onde as histórias ganham vida. Descobre agora