35

2.5K 69 0
                                    

ILHAN dan Aisya sudah pulang ke rumah mereka. Hubungan mereka masih sama. Seorang ke utara, seorang lagi ke selatan. Sudah berkali-kali Ilhan meminta maaf tetapi Aisya masih lagi dengan egonya. Hatinya sakit saat teringat akan kejadian Ilhan memanggil nama Nur. Nampak sangat Ilhan masih mengingati Nur. Ilhan pula mahu memberi ruang kepada isterinya. Tidak guna juga dia meminta maaf berkali-kali tetapi Aisya tetap buat tidak tahu padanya. Dia juga tidak mahu terlalu mendesak Aisya.

'Dia layan aku baik pun bukan sebab dia sayang atau cintakan aku, tapi hanya atas tanggungjawab suami kepada isteri je. Buktinya, dia masih ingat pada Kak Nur. Siap terbawa ke dalam mimpi pulak tu.' desis Aisya dihatinya sambil mengemas baju-bajunya untuk pulang ke kampung. Aisya nak lari ke?

Taklah.. Aisya mahu pulang ke kampung kerana ada tempahan baju yang perlu disiapkan di butiknya. Dia ke kampung selama 2 minggu. Tetapi dia belum memberitahu Ilhan. Mood untuk memberitahu Ilhan sudah ke laut disebabkan kejadian pagi tadi. Aisya mengeluh lagi. Walau macam mana pun, dia perlu juga ringankan mulutnya untuk memberitahu suaminya.

Setelah siap berkemas, Aisya turun ke ruang tu. Dia melihat Ilhan sedang menonton televisyen sambil menanda buku murid-muridnya. Aisya duduk di sebelah suaminya.

"Abang." panggil Aisya.

Ilhan memandang isterinya.

"Aisya nak minta izin abang, Aisya nak balik kampung esok."

"Kampung? Kenapa? Abang tahu, Aisya masih marahkan abang tapi kita boleh selesaikan masalah ni dengan baik. Tak perlulah nak lari sampai ke kampung." ujar Ilhan denga nada yang risau.

"Bukan sebab tu lah." balas Aisya geram sambil menjeling suaminya.

"Aisya nak balik kampung sebab nak siapkan tempahan baju dekat butik. Alang-alang tu Aisya dah lama tak balik sana jadi Aisya nak stay sana lama sikit dalam 2 minggu." tambah Aisya lagi.

"Tapi, abang tak boleh cuti sesuka hati macam tu je." ujar Ilhan pula.

"Aisya tak suruh pun abang ambil cuti. Aisya boleh balik sendiri naik kereta Aisya."

"Habis abang?" soal Ilhan mengerutkan dahinya.

"Abang duduklah sini. Abang kerja kan?"

Ilhan mengeluh. Dia tahu isterinya masih lagi memarahinya. Setelah beberapa minit berdiam...

"Abang hantar Aisya esok. Dah lama abang tak jumpa ibu ayah." putus Ilhan.

"Tak pe. Abang juga kata yang abang tak boleh ambil cuti sesuka hati. Aisya balik seorang je."

" No means no. Abang akan hantar Aisya balik kampung esok. Abang ambil cuti emergency sehari esok. Nanti abang juga yang akan ambil Aisya dekat kampung."

"Kan Aisya kata tak pa....." Aisya tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Ilhan memintas.

"Dengar cakap abang boleh?" Ilhan berkata dengan tegas. Keras kepala sungguh isterinya.

"Abang tahu Aisya masih marahkan abang. Abang minta maaf sangat-sangat pada Aisya. Abang tak sedar pun masa tu." sambung Ilhan lagi.

"Aisya tak nak bincang pasal tu. Aisya cuma nak beritahu yang Aisya nak balik kampung. Kalau abang nak hantar Aisya ke kampung esok, pukul 8 pagi kita gerak. Aisya masuk tidur dulu." kata Aisya lalu bangun dari duduknya menaiki tangga menuju ke bilik. Ilhan ditinggalkan keseorangan.

Ilhan mengeluh dengan sikap acuh tidak acuh Aisya. Dia pun tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk Aisya. Esok Aisya akan pulang ke kampung. Tinggallah dia berseorangan di rumah ini selama dua minggu.

Hanya Kamu ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora