Jaeryun memandang wajah sunghoon yang berada dihadapannya dengan menayang muka bosan dan menjengkelkan . Sepanjang sunghoon mengajarnya , dia langsung tak beri fokus dan hanya buat kerja lain . Saja mahu mencabar tahap kesabaran lelaki itu , tapi malangnya lelaki itu langsung tak ambil kisah pasal dia . Sunghoon lebih fokus dengan kerja dia . Gadis itu buat bising pun dia masih lagi seperti keadaan biasa . Mahupun jaeryun memaki hamun dia , dia masih setia seperti biasa .
Lelaki ini tak ada perasan ke ? Tak terasa kah dengan kata-kata kurang ajar yang aku lemparkan ? Fikir jaeryun sambil termenung melihat gerak geri sunghoon yang fokus mengajar di hadapan . Entahlah yang sunghoon tu perasan tak bahawa dia daripada tadi memandangnya.
" awak faham tak apa yang saya jelaskan ni ? " akhirnya lelaki itu menongkat dagu memandang wajah gadis dihadapannya tatkala dia selesai memberi bermacam-macam penjelasan . Kening milik jaeryun dinaikkan ke atas . Dia memeluk tubuh , memang dia langsung tak faham apa yang lelaki itu bebelkan dekat dia ..
" kau ada nampak aku fahamkah ? " soalan dibalas dengan soalan , dalam nada selambar gadis itu berkata dengannya . Sunghoon melepaskan keluhan berat , kedua belah tangannya didaratkan pada atas buku latihan milik jaeryun . Langsung tidak dapat diramalkan dengan perasaan yang terjelas pada wajah sunghoon .
" boleh tak awak tolong beri kerjasama dengan saya , saya tak suka bila tengok awak bermain-main macam ni .. Sebab saya datang sini bukan sekadar saja-saja , saya datang ke sini dengan niat nak bantu awak dan ajar awak .. " tutur sunghoon dengan wajah yang berharap agar gadis itu dapat memberi kerjasama dengannya . Dia tak ada niat pun nak marah gadis itu tapi dia cuma nak beri sedikit nasihat saja kepadanya .
" heh , buat apa kau nak bantu aku lagi ? Kau kisah pasal aku? Yah , lebih baik kau fikirkan diri kau sendirian saja . Aku rasa tak patut kot kau nak ambil kisah pasal aku ni—" kata jaeryun dalam nada mendatar.
Rambutnya panjangnya yang terurai itu diraup ke belakang ." sebab saya wujud dekat pandangan awaklah , saya ambil kisah pasal awak—" balas sunghoon dengan reaksi tenangnya dan nada yang kedengaran sama tenang . Terus membuatkan gadis itu terdiam seribu bahasa . Dia tak tahu nak balas apa lagi tatkala sunghoon berkata sedemikian.
" hurm—disebabkan awak tak beri kerjasama dengan saya sepanjang saya mengajar awak .. Sebagai cara mudah yang dapat mengubahkan diri awak tu .. Saya nak awak tulis dalam kertas ni " sunghoon mengeluar sehelai kertas A4 lalu diletakkan pada atas meja dihadapan jaeryun . Gadis itu menayangkan wajah kosong melihat sehelai kertas A4 yang diberi oleh sunghoon . Lalu dia memandang sunghoon dengan pandangan ' kau nak aku buat apa dengan kertas ni '
Sunghoon yang sememangnya faham akan reaksi wajah gadis itu terus dia menarik senyuman nipis . " itu namanya kontrak perjanjian sepanjang saya menjadi cikgu tutor awak , saya nak awak tulis semua perjanjian yang saya cakap dalam kertas tu .. Dan di akhiri sekali dengan tandatangan .. Alright " jelas sunghoon Panjang lebar sambil tangannya diletakkan pada bawah dagu seperti seorang dektektif . Jaeryun memandang lelaki dihadapan dia itu dengan perasaan geram dan bercampur baur .
" apa yang kau merepek ni , perjanjian bagai .. Aku tak naklah .. Tahu tak menyusahkan saja—" bantah jaeryun dalam nada menjengkelkan saja . Dia pun tak fahamlah dengan lelaki dihadapan dia ni .
" saya tak suka dengar orang bantah-bantah dengan arahan saya , saya ke awak yang paling tua ? Saya kan .. Awak tu cuma jarak satu tahun dengan saya dan bawah saya .. Jadi silalah ikut arahan saya , saya tak nak dengar awak bagi bermacam-macam alasan yang langsung tak masuk akal tu... " Balas sunghoon panjang lebar sambil diturutkan dengan jari telunjuknya yang digoyangkan kiri ke kanan . Jaeryun melepaskan keluhan berat , lelaki ni memang nak mencabar kesabaran dia pula .
" okey kali ni kau menang dan mungkin lepasni aku pula .. Biar sampai kau berhenti jadi cikgu tutor aku , hesy ingat tak lama pun kau dekat sini .. Jangan berharap kau dapat bertahan dengan perangai aku " ugut jaeryun sambil mengetap giginya geram , memang dia sangat-sangat geram dengan lelaki tu , rasa nak dipijak-pijakkan saja . Dua belah tangannya digenggam menjadi suku penumbuk , menunjukkan dia amat-amat geram .
" okey kalau macam tu , saya tak kisah pun apa yang awak nak buat dekat saya—"
" sebab saya takut je nanti awak pula yang tak bertahan dengan saya " balas sunghoon bersamakan dengan senyuman penuh bermakna .
" ahh , dia ni memang mencabar tahap kesabaran aku pula .. Tunggu , kita tengok siapa yang berlutut dulu ... Pandai pula dia bertutur kata dengan aku ... " Detik hati jaeryun , kecik besar kecik besar saja dia menikam anak mata lelaki itu .
YOU ARE READING
【C】 Tutor :: I'II be your Teacher |I 박성훈
Random❝ when he appeared in my life I became a teacher ❞