10 :: Tutor™

563 99 4
                                    

                    Flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    Flashback

" tak elok tau kalau anak gadis cantik macam awak ni jalan sendirian dekat lorong ni  , bahaya tau  .. So biar saya yang temankan awak—" kata lelaki mabuk itu sambil dia berjalan mara ingin menghampiri tubuh jaeryun yang sudah berjalan demi langkah mengundur ke belakang  .

Jaeryun mengundur dirinya ke belakang sehinggalah tubuhnya bertemu dengan dinding akhirnya  . Langkahnya terhenti saat sudah tiba disitu  , lelaki mabuk itu turut menghentikan langkahnya tatkala jaeryun sudah berhenti dan setia disitu  , sebab dia tak ada lagi ruang nak pergi dek kerana kedua belah tangan lelaki itu mengunci dua belah sisinya supaya gadis itu tidak lari kemana-mana lagi  .

" hesy  , jangan sesekali sentuh aku lelaki miang  " bentak jaeryun sambil menutup rongga hidungnya  , bau busuk betul lelaki tu  .

" hurmm—niat saya memang tak nak sentuh awak , tapi disebabkan nafsu ni yang terlalu kuat  .. Saya terpaksa  .. "Katanya lalu menarik senyuman miang  , anak matanya jatuh pada tubuh jaeryun yang slim gitu . Jaeryun menelan kelat air liurnya  .

Baru lelaki itu mahu memegang pinggang kecil milik jaeryun dengan secepat kilatnya .  Jaeryun memegang kepala lelaki itu lalu tanpa perasaan belas kasihan dia menghentakkan kepala lelaki tu dekat dinding  . Habis cecair merah mula mengalir keluar pada kepala lelaki itu  , terdapat luka  .

" orang gila—tak sedar diri nak pikat aku pula  , pergi baliklah  . Kau jangan buat main-main dengan gadis macam aku ni  "

" ini baru sikit  .. Belum hancur kepala kau , aku buat " kata jaeryun sinis sambil meniup rambutnya yang terurai panjang itu  .

" sudahkah pergi balik orang tua tak guna—" kata jaeryun  , baru saja dia mahu mengorak lagkah beredar daripada situ  .

" kau tu yang tak guna—" jaeryun memusingkan tubuhnya ke belakang semula. 
Prupp—

Bunyi kaca pecah  , jaeryun merintih kesakitan tatkala tangannya terdapat luka besar dek terkena kaca sebab nak halang wajahnya daripada dihenyak dengan kaca  , tangan pula yang jadi mangsa  .
" auch—" terasa pedih dan sangat sakit pada tangan belah kirinya  . Cecair berwarna merah mula mengalir keluar.  Jaeryun memandang lelaki dihadapan dia itu dengan penuh rasa berang  .

" aku dah cakap jangan cabar aku lelaki tua—!" dengan perasaan yang amarah membuak-buak . Terus itu Jaeryun menendang kuat tempat sensitif milik lelaki itu.

" ahhhhh ! Waoahhhhh  ! " teriak lelaki itu akibat keperitan yang agak luar biasa.
" bodoh—" jaeryun menolak tubuh lelaki itu sehingga dia terjatuh atas jalan  , tanpa membuang masa yang lama dia beredar daripada situ. 

" habis tangan aku " jaeryun cuba menahan kesakitannya  .
Rasanya ada kaca kot yang menusuk masuk dalam luka dia ni  .

                  End flashback

" auch  , boleh buat slow-slow tak  , sakitlah  " ngaduh jaeryun sambil menjeling lelaki yang merawat luka kecederaan dia tu  .

" ya, saya cuba buat perlahan-lahan " kata sunghoon yang tengah membuang serpihan kaca yang menusuk masuk dalam luka jaeryun tu  .

Jaeryun mengetap giginya untuk menahan kesakitan yang dialami olehnya sekarang  . " berani pula awak nak lawan dia  " kata sunghoon memecahkan kesunyian antara mereka  .

" iyelah  , kalau aku duduk diam dan biarkan saja memang habislah maruah aku ni  .. Lelaki tu memang patut bagi pengajaran baik-baik  .. "

" hesy  , tapi aku rasa tak puas hatilah  .. Sepatutnya aku kena bagi sepakkan lagi .. Biar dia pengsan dekat situ  .. Aduhai  .. Kenapa lah aku tak tendang je dia sampai masuk dalam tong sampah tu  .. "

" huh—geramlah pula aku " bebel jaeryun sambil dia buat gaya macam tengah tendang lelaki miang tadi berkali-kali .

Sunghoon yang melihat dan mendengar bebelan milik gadis itu hanya mampu menggeleng kecil sambil tersenyum-senyum  .. Tak tahu pula dia yang gadis tu lucu juga  ..

" kyah  , patut ke aku sepak muka dia sekali ?  " tanya jaeryun sambil memandang wajah sunghoon yang fokus sapu ubat dekat luka dia  , ini pun sebab sunghoon yang tawarkan dirinya nak bantu jaeryun  . Pada mulanya jaeryun tolak saja tawaran sunghoon tapi disebabkan lelaki itu mendesak sangat  , dia terpaksalah  .

" sudahlah pikir benda tu  , lagipun tangan awak ni masih belum sembuh lagi  .. Nanti kalau awak jumpa lelaki miang tu  , pergilah belasah dia berapa kali pun yang awak nak  .. " balas sunghoon  . Jaeryun mencebik perlahan  .

" okey siap  , mungkin mengambil masa yang lama nak sembuh sepenuhnya  . So  , saya nasihatkan awak selalu makan ubat  .. Dan jangan selalu guna tangan kiri  .. Faham  ? " jelas sunghoon seperti seorang eomma yang ambil peduli tentang anaknya.

Jaeryun sekadar mengangguk kepala  . " awak baliklah lagipun hari dah malam  .. Awak eh no kau  " jaeryun menampar mulutnya yang tetiba nak jadi baik pula  . Sunghoon tersenyum  .

" saya balik dulu  .. " sunghoon ingin mempamitkan dirinya  .

" saya dah ambil barang yang tertinggal tu  , jumpa esok  " kata sunghoon . Sebelum dia ingin beredar daripada situ sempat lagi sunghoon mengusap rambut milik jaeryun sambil dia menarik senyuman .  Huhu boyfriend materials lah—

Selepas bayangan sunghoon mulai menghilang daripada pandangannya , terus pipi gebu milik jaeryun berubah menjadi warna kemerahan  , manakala soal jantungnya mula berdegup kencang  .

Aku dah makan ubat ke ?

                       

                       

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

















【C】 Tutor  :: I'II be your Teacher |I 박성훈Where stories live. Discover now