" okey , baiklah perjanjian yang pertama , awak kena fokus sewaktu saya mengajar awak dan jangan bermain-main , yang kedua .. Tak boleh bercakap dalam bahasa yang kurang sopan dengan saya , seperti sekarang—kau dan aku itu tak boleh , agak kedengaran kurang ajar .. Yang ke—" belum habis sunghoon nak sambung kata-katanya , lantas jaeryun memotong ayat seterusnya .
" yah , yang ini lantaklah aku nak cakap dalam bahasa kurang sopan ataupun tidak—mulut aku bukan kau.. Ikut akulah nak panggil dalam gelaran apa " bantah jaeryun sambil menjeling lelaki dihadapannya . Sunghoon menggeleng kepalanya lalu tersergih .
" kan saya dah cakap , tak nak dengar sebarang bantahan malahan rungutan .. ada nampak saya ni kisah kah ? " sebelah kening milik lelaki itu dijungkit ke atas tanda tidak mahu mendengar rungutan gadis itu .
" kau ni main suka h—"
" yang ketiga , saya takkan terima sebarang bantahan atau rungutan daripada mulut awak sendiri .. " sambung sunghoon langsung tak mahu mendengar kata-kata gadis itu.
Jaeryun pasrah dengan sikap lelaki itu , dia cuba seraya menahan tahap kesabarannya yang hampir-hampir saja mahu meletus keluar . Tangannya laju sahaja menulis perjanjian yang dilemparkan oleh sunghoon ." yang keempat , saya—"
" banyak lagikah ? " rungut jaeryun yang malas nak tulis . Sunghoon menggeleng kepala turut jarinya digoyangkan kiri dan kanan .
" kan saya dah cakap , tiada rungu—"
" iyelah , ha sambunglah .. Sampai 100 perjanjian pun tak apalah .. Aku dah malas layan engkau ni—" jaeryun seperti sudah berputus asa , walaupun dia bantah banyak mana pun lelaki itu tetap berkeras kepala .
" huh—awak tak kisah kalau saya buat 100 perjanjian yang awak patut patuhi , Bolehkah awak nak patuhi kalau sikap pun sebegitu .. " sunghoon tersenyum senget .
" yah , dasar lelaki tak gu—" terdiam jaeryun dibuatnya tatkala jari telunjuk milik sunghoon mendarat pada bibirnya , menyuruh supaya dia berdiam diri .
" jangan sesekali kurang ajar dengan saya—tulis cepat " arah sunghoon , tangannya diturunkan semula . Jaeryun tergamam dengan perbuatan sunghoon secara tiba-tiba. Tangannya sambung menulis pada atas kertas .
Setengah jam kemudian ..
Jaeryun selesai menulis semua kontrak perjanjian dia dengan lelaki itu sepanjang sunghoon mengajarnya nanti .
" so , sainlah sebagai bukti yang awak akan patuhi semua perjanjian itu—" sunghoon memuncungkan bibirnya menunjuk pada kertas kontrak perjanjian tersebut . Jaeryun mengguling bebola matanya ke atas , kalau dia bantah lagi mesti takkan dapat punya dan terpaksalah dia kena patuhi 100 perjanjian tu . Kalau tidak mungkin dia akan kena hukuman . Sunghoon menarik senyuman lebar apabila gadis itu tandatangan kertas kontrak itu .
" nah , puas hati kau " datar saja jaeryun berkata , dia meletakkan kertas tersebut dihadapan sunghoon yang tersenyum lebar. Suka sangat tengok orang macam ni—
" dah lupa perjanjian tu , hurm ? Tolong buangkan gelaran tak sopan tu .. Dan mulai esok awak akan panggil saya dalam gelaran ... "
" sunghoon oppa "
" are you crazy ? , no way ! i won't call you ' oppa ' .. Aku rasa nak muntah saja .. " bantah jaeryun . Sunghoon mulalah tunjuk kertas kontrak itu dihadapan jaeryun , dengan senyuman nakal .
" ikut arahan saya , mulai esok awak akan patuhi perjanjian tu .. Lagipun awak dah sain dan tak boleh diputar balikkan .. Sebab semuanya sudah terlambat " kata sunghoon dengan angkuhnya . Amboi lelaki ini , memang dah melebih pula ya . Sepatutnya dia yang patut ikut arahan jaeryun bukannya dia—
" ini tak boleh jadi jaeryun , kau tak boleh berputus asa macam tu saja .. Kau takkan jadi orang yang melutut dulu . Tak apa , mungkin dia masih tak tahu perangai aku .. Tunggulah sunghoon , aku akan kenakan kau balik .. Sekarang memang masa kau .. Tetapi lain masa , aku pula—"
Detik hati jaeryun , dalam diam dia tersenyum nakal ." esok kita akan mula pelajaran
dalam subjek teras , jadi banyakkan ulangkaji dan jangan banyak bermain saja .. " sindir sunghoon sambil mengemas barang-barangnya . Terus satu jelingan maut dilemparkan oleh jaeryun .Nasib dia nak blah ..
YOU ARE READING
【C】 Tutor :: I'II be your Teacher |I 박성훈
Random❝ when he appeared in my life I became a teacher ❞