TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 1

2.8K 34 0
                                    

                                          BAB1

"AKHIRNYA!! Gaji dah masuk dah pun. Bolehlah aku pergi bercuti!! Tak sabarnya!!" teriak Sarah di dalam biliknya sambil membuat kiraan untuk pergi makan angin bersama kawan baiknya, Syazana. Ini adalah pertama kali dia akan bercuti di tempat perlancongan yang terkenal dengan tempat bersejarah dan Pulau yang cantik.

Tingg! ting! Deringan bunyi telefon bimbit Sarah menandakan masuknya mesej dari aplikasi Whatsapp. Sarah bangkit dari katil untuk mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek. Skrin telefon dibuka, tersenyum sendirian dia apabila melihat mesej yang dihantar adalah dari kawan baiknya, Syazana. 'Macam tahu tahu je aku gaji, dia ni' Sarah monolog sendiri sambil jarinya menaip satu persatu punat di skrin telefonnya.

Sarah meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja lalu mencapai tuala mandinya di atas ampaian di sebelah katil untuk bersiap ke tempat kerja. Usai sahaja mandi, dia mencapai baju kemeja , tudung dan seluar slack berwarna hitam di dalam almari. 'Sekali tengok aku ni macam burung gagak dah' Sarah menepuk dahinya sambil menggeleng kepalanya. Sarah keluar dari bilik dia mendapati ibunya sedang berada di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

"Ibu,morning!" Sarah memeluk ibunya dari belakang yang sedang sibuk menggoreng bihun untuk sarapan pagi.

"Morning too, anak ibu. Bangkit dah? Alhamdulillah, harini awal pula anak ibu, bangun".balas Puan Aisyah selamba, sambil menepuk lembut tangan anaknya yang masih berada di pinggang.

"Ibu, perli Sarah, ya?" balas Sarah yang sudah muncung dan melepaskan pelukan. Kini, berada di sebelah ibunya.

"Mana ada ibu perli Sarah. Ibu tanya je. Dah, tolong ibu ambil pinggan dan cawan letak dekat atas meja. Ibu nak hidangkan makanan ni. Sekejap lagi, ayah keluar nak makan". Bicara Puan Aisyah yang sedang mengambil mangkuk di dalam kabinet di bawah bahagian dapur dan mencedok bihun goreng untuk dihidangkan kepada suami dan anaknya.

Sarah mengambil cawan dan pinggan di atas rak yang berada di sudut dapur. Dia menyusun di atas meja dengan teratur dan menuang makanan dan minuman yang ibunya telah hidang di atas meja.

En Azsham keluar dari biliknya setelah mendapati sarapan pagi telah siap oleh anak dan isterinya. Dia mengambil tempat di meja makan berhadapan isterinya.

"Anak ayah. Harini kerja balik pukul berapa?". En Azsham memecah kesunyian sambil menghirup air teh yang dihidang.

"Macam biasalah, ayah. Tak pukul 9, pukul 10. Tension betullah. Jadual tak teratur". Balas Sarah yang mulutnya penuh dengan makanan.

"takpelah, nanti Sarah kan nak pergi bercuti dengan Syazana. Manfaatkan cuti tu, nanti. Okay?". Dia merenung anaknya yang terlihat disebelah isterinya. Sarah Alisha adalah anak tunggal En Azsham dan Puan Aisyah. Walaupun anaknya hanyalah bekerja sebagai promoter di pusat beli belah, Mid Valley dia tetap berbangga kerana Sarah mampu berdikari tanpa mengharapkan duit kedua orang tuanya.

"Yelah, ayah. Memang nak bercuti. Kerja kerja kerja sampai bila-bila pun tak habis. Penat juga badan ni. Okaylah ibu, ayah. Sarah nak pergi kerja ni". Sarah bangkit dari kerusi dan menyalam kedua ibu bapanya. Dia terus mengambil bag sandang di atas kerusi lalu memakai kasut dihadapan pintu rumahnya dan terus keluar untuk pergi ke perhentian bas di tepi perumahannya.

Sarah menaiki bas yang pertama ke perhentian kedua di LRT Universiti untuk mengambil bas kearah Mid Valley tempat dia bekerja. Seperti biasa, bas ke arah Mid Valley lambat dan jadual basnya tidak teratur. Sarah duduk dibangku yang tersedia disebelah perhentian bas. Dia melihat masih ramai lagi yang menunggu.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now