TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 37

785 14 1
                                    

                          "Darina... listen, saya betul-betul minta maaf. Saya dah cuba yang terbaik untuk pujuk awak. Tapi, awak still taknak layan saya. Saya rindukan awak, Darina. Awak aje orang yang selalu nak usik saya, keluar makan dengan saya dan lepak hujung minggu dengan saya". Ucap Ariff sambil memandang sayu Darina yang tekun menghadap fail dan komputer ribanya yang berada di meja sebelahnya.

Darina hanya mengendahkan kata-kata Ariff. Tidak mahu lagi dia termakan dengan pujukan Ariff. Cukuplah, dengan apa yang terjadi.Bukan mudah untuk dia memaafkan Ariff. Ariff hanya tahu memainkan perasaannya sahaja.

Ariff menegeluh kecil apabila Darina tidak menunjukkan sebarang respon terhadap kata-katanya. Entah bagaimana lagi dia harus memujuk Darina.

"Darina, saya dah cuba pujuk awak. Hakimi pun dah maafkan saya. Saya balik KL haritu jumpa Sarah dan suaminya untuk minta maaf. Tinggal awak aje tak maafkan saya lagi". Ariff melembutkan suaranya untuk memujuk Darina.

Darina masih lagi tekun meneliti fail kerjanya. Ariff berasa tidak puas hati. Dia pantas bangun dari mejanya dan menuju ke arah meja Darina sambil menongkat dagu di hadapannya. Kini hanya komputer riba Darina sahaja yang menghalang muka mereka.

"Hujung minggu ni, saya bawa mak ayah saya untuk meminang awak". Ujar Ariff dengan nada yang serius.

Darina hanya mencebikkan bibirnya dan mengangkat bahu seakan-akan tidak kisah dengan kata-kata Ariff. Entah boleh percaya atau tidak. Dia malas ingin mempercayai kata-kata lelaki itu.

Ariff mengambil sesuatu di dalam kocek seluarnya. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil dan menolak kotak itu di hadapan Darina.

Darina memandang kotak yang berada di sebelahnya dan matanya terus ke arah Ariff yang berada di hadapannya. Keningnya diangkat.

Ariff pantas membuka kotak tersebut. Darina melihat sebentuk cincin yang bertakhtakan batu permata di atasnya dan disaluti emas. Mulut Darina melopong. Terkejut dengan apa yang baru dilihatnya.

Maknanya, Ariff tidak lagi mahu bermain-main? Duganya di dalam hati.

"Are you kidding?". Soal Darina tidak percaya. Ariff pantas menggeleng laju.

"Saya betul-betul nak memperisterikan awak, Darina. Saya takkan main-mainkan awak. Saya janji dengan awak". Bisik Ariff perlahan. Risau juga jika rakan sepejabat yang lain melihat adegan yang mereka sedang lakukan.

Darina menerkup mulutnya seolah-olah tidak percaya dengan ungkapan yang baru di dengarinya dari mulut Ariff. Hatinya berbunga-bunga saat ini.

"Saya dah lama maafkan awak, Ariff. Cuma, saya tak sangka aje awak sanggup memperlekehkan usaha saya untuk dapatkan hati awak. Saya betul-betul ikhlas dengan awak. Saya bukan jenis yang suka buang masa dengan cinta monyet". Terang Darina pada Ariff.

Ariff mengangguk. Dia faham, Darina adalah wanita yang sangat suka berterus terang dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang tidak akan membawa faedah baginya.

"Awak ni! Saya nak cari baju dekat mana? Saya tak prepared apa-apa tau. Sukalah buat surprise macamni". Darina memuncung mulutnya. Yelah, di mana pula dia ingin mencari baju pertunangannya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Ariff tergelak kecil melihat Darina yang sudah memuncung. "Balik ni, kita singgah dekat mall yang tak jauh dari sini ya, sayang?". Ujar Ariff sambil tersenyum memandang Darina.

Darina tersipu malu. Mana tidaknya, Ariff begitu tampan apabila tersenyum. Dan yang paling dia malu apabila mendengar perkataan terakhir yang keluar dari bibir Ariff.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora