TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 29

802 17 0
                                    

       "Kenapa awak datang penang, Sarah?". Soal Ariff. Dia membawa Sarah berjalan dipersisiran pantai berdekatan.

"Takda apa. Saja ambil angin". Ujar Sarah bersahaja. Menyembunyikan perasaan.

Ariff mengangguk. Tapi, dia mengetahui Sarah menyembunyikan sesuatu darinya. "Awak bagitahulah saya. Saya dengar luahan awak". Tutur Ariff lembut.

Sesekali angin bayu meniup lembut membuatkan Sarah tenang saat menghirupnya. "Saya gaduh dengan suami saya". Luah Sarah, menghela nafasnya berat.

"Kenapa awak gaduh dengan dia?". Soal Ariff ingin tahu. Dia tahu, ini akan membuatkan dia dapat kembali Sarah.

"Salah faham. Biasalah, adat dalam berumah tangga". Sarah menundukkan mukanya melihat gigi air pantas membasahi kakinya. Dia tersenyum.

"Salah faham yang macam mana?". Ariff tersenyum. Inilah masa yang dia nantikan untuk mendapatkan Sarah.

"Jom duduk sana". Ajak Sarah. Tidak mahu dia membalas lebih-lebih. Baginya, aib suaminya juga perlu dijaga. Ariff menuruti Sarah dan duduk di atas pasir menghadap pantai.

"Sarah, abang tetap ada dengan Sarah kalau Sarah ada apa-apa yang Sarah nak bagitahu. Abang sudi mendengar". Ariff tersenyum melihat Sarah.

Sarah hanya mengangguk tanda memahami. Dia tahu, niat Ariff baik terhadapnya. Cuma, dia tidak ingin orang lain masuk campur hal rumahtangganya.

Ariff tidak berpuas hati kerana Sarah hanya mengabaikan perhatiannya. Dia kembali menyoal Sarah. "Sarah, bagitahulah abang". Pujuk Ariff lagi ingin tahu. Sarah agak rimas dengan Ariff kerana memaksanya.

Semua lelaki memang nak kena memaksa jawab soalan ke? Gerutu hatinya. Sudahlah Sallehzul pun begitu. Ini, Ariff pulak mendesak-desaknya. Niat bekas tunangnya itu memang baik. Tapi, dia tidak menyukai.

"Ariff, urusan hal rumahtangga Sarah. Maaf, Sarah tak boleh nak kongsi. Bagi Sarah, ianya aib yang tidak patut disebarkan. Sarah faham niat Ariff baik. Tapi, Sarah tak suka bercerita tentang rumahtangga Sarah pada orang yang tak rapat dengan Sarah. Bukan bermaksud Ariff tak rapat dengan Sarah. Kita pernah rapat. Tapi, dulu". Ujar Sarah menerangkan pada Ariff.

Berubah muka Ariff saat Sarah menekankan ayat dulu kepadanya. Namun, dia mengawal riak wajahnya. "Abang bukan apa, Sarah. Dulu dia hina Sarah. Dia kata, sikit pun dia tak pandang Sarah. Sarah, abang tak kisah pun kalau Sarah janda. Abang terima Sarah. Sarah tahu tak, sampai ke saat ini abang tunggu Sarah". Jujur Ariff.

Sarah terkedu. Terus dia memandang ke arah Ariff. Dia menggelengkan kepalanya. Sudah dia mengagak yang Ariff masih menunggunya. Kalau tidak, mengapa Ariff masih tidak kembali ke KL untuk menjenguk Puan Fatimah.

"Ariff, soal jodoh ni biarlah Allah sahaja menentukan. Sarah berserah pada Allah. Allah sahaja berhak tentang jodoh Sarah ni, Ariff". Lembut Sarah menutur. Tidak mahu dia memberi apa-apa harapan pada Ariff.

"Ariff, kenapa taknak balik KL? Kesian ibu ayah. Mesti dorang masih tunggu Ariff". Soal Sarah menukar topik.

Ariff tersentak. Dia mengeluh perlahan. "Abang taknak balik sebab tak sedia lagi, Sarah. Lagipun, abang nak balik dengan bawa seseorang". Redup matanya memandang Sarah.

"Ariff??". Datang seorang wanita melambai ke arah mereka. Ariff melihat ke arah wanita yang memanggilnya itu. Dia tersenyum dan pantas berdiri. Sarah bangun apabila melihat Ariff bangun dari duduknya.

Seorang wanita yang tinggi lampai datang ke arah mereka. Sarah tersenyum. Cantik, Desis hatinya.

"Hai..". Ujar seorang wanita dalam likungan 25an menyapanya dan menghulur tangan ingin bersalaman. Sarah tersenyum. Tangan disambut dan menyalami antara satu sama lain.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now