TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB 32

830 21 0
                                    

   "Ya, papa. Sarah ada dekat sini. Boleh tak kalau Zul tak pergi majlis tu, malam ni? Zul takda mood lah, papa". Soal Sallehzul yang menelefon papanya sebaik sahaja dia pulang dari hotelnya.

"Zul yakin ke itu Sarah?". Soal Encik Azmi di talian. Dia masih berada di pejabat untuk menyiapkan kerjanya.

Sallehzul menepuk dahinya. "Papa. Takkan Zul tak kenal isteri Zul sendiri". Ujar Sallehzul.

Encik Azmi ketawa di talian. "Kenal pula kamu, ya? Dah sayang bini ke?". Encik Azmi menyakat.

Sallehzul tersenyum. "Mestilah sayang bini, papa. Papa tu cakap Zul. Papa tak sayang mama ke?". Kali ini, Sallehzul pula mengusik papanya.

"Mestilah sayang! Papa risau, kalau terlebih sayang. Nanti kamu 3 beradik ada adik pula". Encik Azmi berseloroh. Terus terbahak mereka anak beranak.

"Papa ni, ada-ada aje". Ujar Sallehzul dengan ketawa yang masih tersisa. Tidak dia menyangka papanya pandai bergurau. Maklumlah, Encik Azmi seorang yang sangat tegas.

"Okaylah. nanti papa inform dekat company dorang yang kita tak dapat datang. Pandai-pandailah papa cover nanti". Ujar Encik Azmi yang busy dengan computer riba di hadapannya.

"Terima kasih papa. Papa doakan Zul dapat isteri Zul balik ya, papa. Zul sayang dekat Sarah". Sebak Sallehzul bicara. Encik Azmi yang terdengar lega apabila Sallehzul sudah berubah.

"InshaAllah, ada jodoh dia akan balik pada kamu juga, Zul". Balas Encik Azmi di talian.

"InshaAllah, okay papa. Zul nak jalan-jalan sekejap. Mana tahu, jumpa Sarah". Ujar Sallehzul sebelum mematikan talian.

"Jaga diri. Bye". Encik Azmi pantas mematikan talian.

Sallehzul terus meletakkan telefon bimbitnya di atas almari kecil yang berada disisi katilnya. Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu untuk solat. Sebaik sahaja selesai solat dia mahu meronda-ronda dan mencari gerai makan yang berada berdekatan. Mana tahu dia terserempak dengan Sarah? Fikirnya.

    Sarah memandang ke arah Ariff apabila Ariff tidak melepaskan pandangannya dari Sarah. Malu pula dia apabila di tenung sebegitu. Dia mengelap mulutnya dengan tisu.

Sarah tersenyum ke arah Ariff. "Kenapa? Ada comot ke dekat muka saya? Setahu saya, saya dah lap". Sarah mengeluarkan bedak yang mempunyai cermin dari bag tangannya. Dia membuka bedak itu lalu melihat jika terdapat sisa makanan di sekitar mulutnya namun tiada apa pula di mulutnya.

Ariff tersenyum. Spontan, dia mencuit pipi Sarah. Sarah terkedu. Entah mengapa dia merasakan Ariff sudah melebihi batas dengannya. Adakala, dia malu diperlakukan sebegitu kerana, dia masih lagi isteri Sallehzul.

"Awak cantik malam ni, Sarah". Puji Ariff. Matanya tidak lekang memandang Sarah.

Sarah tersipu. Malu pula dia apabila dipuji sebegitu. "Mana ada. Saya biasa aje. Macam selalu juga". Sarah tersenyum.

"Tak, awak macam comel sangat harini". Ujar Ariff sambil mengelus pipi Sarah. Sarah pantas menjauhkan dirinya sedikit dari Ariff. Risau pula dia melihat perilaku Ariff.

"Sarah!!!". Jerkah Sallehzul. Dia terus menerpa ke arah Ariff. Berang dia melihat Ariff mengelus pipi isterinya.

Bush!! Satu penumbuk hinggap di pipi Ariff. Sakit hatinya apabila Ariff mengambil kesempatan ke atas Sarah. Nafasnya turun naik. Ariff tersungkur ke lantai. Bibirnya yang pecah ditekup dengan tangan. Tersenyum dia melihat kemarahan Sallehzul yang membuak-buak dengannya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now