TERTULISNYA TAKDIR KITA : BAB8

751 20 0
                                    

                "Assalammualaikum" Sarah membuka pintu kereta dan memberi salam kepada Sallehzul sebelum memasukkinya.

"Waalaikumussalam". Balas Sallehzul sepatah.

Sallehzul pelik melihat Sarah yang tidak lagi memasuki keretanya. Sallehzul mengangkat keningnya.

"Kau ni dah kenapa? Nak aku sediakan cadar pula ke dalam kereta ni? Masuklah cepat". Ujar Sallehzul. Bengang pula dirinya apabila melihat Sarah yang masih tercegat di pintu kereta.

"Saya tahulah. Awak tu, cuba sabar. Erghh". Balas Sarah geram. Dia pantas menaiki dan menutupi pintu kereta.

Sallehzul yang mendengar jawapan Sarah hanya membiarkan sepi. Malas dia mahu berdebat dengan perempuan ni. Baginya,buang masa sahaja dia bercakap dengan Sarah.

Sarah menoleh ke kanan.Rasa pelik pula apabila dirinya hanya berdiam dan tidak bercakap. Dia memandang Sallehzul yang sedang kusyuk dengan pemanduannya.

"Awak, memang taknak bercakap ke?". Soal Sarah. Pelik juga bila suasana begitu sepi.

Sallehzul diam dan tidak bersuara.

"Jom main game, nak tak?". Ujar Sarah memberi idea apabila melihat Sallehzul yang tiada tanda-tanda ingin membalas pertanyaannya.

Sallehzul memandang ke arah Sarah dengan keningnya terangkat.

'Game apa pula lah perempuan ni, nak? Tak nampak ke aku tengah drive?' Desis hati Sallehzul.

"Kita osom pastu kalau siapa menang, boleh tanya soalan. Siapa kalah kena jujur bila tanya soalan. Best tauu". Ujar Sarah.

Sallehzul yang kebosanan hanya menganggukkan kepalanya. Malas dia mahu mendengar Sarah membebel. Dia hanya menuruti kata-kata Sarah.

"Okay, jom osom". Sarah mula mengangkat tangannya.

"ooooooo.........ssom". Sarah menunjukkan bentuk burung dan Sallehzul menunjukkan air. Matanya yang focus ke arah pemanduan terus sahaja memandang ke arah Sarah.

Sarah mengangkat keningnya berulang kali. Tahulah, Sallehzul dia kalah dan akan disoal oleh Sarah. Sallehzul kembali memandang ke arah jalan raya dan bersedia menerima soalan daripada Sarah.

"Saya nak tanya nama penuh, umur, tempat lahir, awak suka makan apa, awak kerja apa....". Belum sempat Sarah ingin menghabiskan soalannya,Sallehzul pantas mencelah.

"Dah sampai. Takda masa aku nak jawab soalan kau". Ujar Sallehzul menunjukkan butik pengantin yang disuruh mamanya untuk kesana.

Sarah mencebikkan bibirnya.

"Dah, keluarlah. Kau ingat aku ada masa ke nak layan perangai kau, ni? Mama dah tunggu dalam tu". Ujar Sallehzul memandang ke arah Sarah. Bengang pula dia apabila melihat Sarah membuat perangai kebudak-budakkannya.

"Saya tahulah. Apa awak ingat saya nak suruh layan saya ke? Saya pun tak harapkan awak layan saya punlah". Jawab Sarah menuruni kereta dan menghempas pintu dengan kuat.

"Oii!! Kau memang nak kena dengan aku ke? Aku pantang betul orang main nak pakai hempas pintu kereta aku ni. Oii!! Kau dengar tak?". Jerit Sallehzul melihat Sarah sudah pun berjalan meninggalkan dirinya di belakang.

Sarah menoleh ke belakang dan menjelirkan lidahnya ke arah Sallehzul

Sallehzul yang risau akan keadaan pintu keretanya pantas memeriksa dengan teliti bahagian pintu kereta kesayangannya.

Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now