⚊⚋⚊⚋⚊⚋◸ᴛʜʀᴇᴇ◿⚊⚋⚊⚋⚊⚋

138 17 57
                                    

Aku bergegas ingin keluar untuk ke tempat kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bergegas ingin keluar untuk ke tempat kerja. Tiba ii, aku ditegur oleh pakcik jiran sebelah.

"Cik adik nak ke mana pagi ii buta ni? Nak pakcik hantarkan?" soal pakcik itu. Aku hanya menjeling.

"Takpelah pakcik. Saya boleh pergi sendiri. Baik pakcik jaga isteri pakcik. Nanti saya yang kena fitnah menggoda pakcik pulak." kata aku. Dah banyak bekas tamparan yang aku terima. Bukan setakat keluarga aku, makcik jiran sebelah tu pon pernah menampar aku.

"Jangan amik hati dengan makcik. Dia cepat jealous. Maklumlah dah tua." katanya lagi. Aku terus mendiamkan diri dan terus pergi ke tempat kerja.

"Pakcik gatal." desis hati aku.

Sesudah tiba di tempat kerja, aku terus disapa oleh Joon.

"Selamat pagi, Yura." katanya.

"Selamat pagi." kata aku lalu bersiap untuk membuat tugasan aku untuk pagi ni.

Selama beberapa jam aku dengan kerja aku. Tiba ii, manager aku, Encik Lee menghampiri aku.

"Yura, saya dapat panggilan daripada keluarga kamu." katanya. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa call manager aku sedangkan dia boleh je telefon aku, kan?

"Kenapa?" soal aku.

"Mereka nak kamu balik sekarang." katanya lagi.

"Tapi, kerja saya tak selesai lagi, Encik Lee." kata aku.

"Jangan risau, Joon akan sambung untuk awak. Haa lagi satu, parents kamu kata kamu tak payah kerja di sini lagi. Nanti awak hantar notice okey?" katanya lagi. Aku mengerutkan dahi lagi. Ada sesuatu terjadi lagi ke?

"Baik awak balik cepat. Saya takut keluarga awak tunggu." kata Encik Lee lagi. Aku hanya akur lalu mengambil barang ii aku dan ingin pulang ke rumah.

Setelah aku tiba di rumah, aku ditarik masuk ke dalam rumah oleh appa.

"Kau ni memang tak tau malu." kata appa lalu menampar aku.

"Appa ni kenapa? Apa yang appa tak puas hati? Apa yang eomma tak puas hati? Kalau pasal menggoda suami orang tu, bukan Yura yang terkinja-kinja nak dengan dia. Dia yang terkinja dengan Yura." kata aku lagi.

"Jangan nak melawan. Sekarang kau ikut aku. Rumah ni bukan rumah kau lagi." kata appa. Eomma yang dah bersedia dengan beg galas aku dan mencampakannya kepada aku.

"Pergi kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!" kata eomma, bengis. Aku mula menitiskan air mata.

"Tak sangka eomma appa lebih percayakan jiran dari anak sendiri?"

"Kau bukan anak aku. Kenapa aku nak percayakan kau lebih? Pergi sana." kata eomma lagi. Appa sudah menarik aku keluar dan memaksa aku masuk ke dalam kereta dan pergi ke tempat yang aku tak kenal.

「 C 」SKZ AF ; ❛❛The Mistress❜❜Where stories live. Discover now