05

327 75 22
                                    

"Nenek nak pergi mana?" tanya Aryna sambil mengibas diri nya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nenek nak pergi mana?" tanya Aryna sambil mengibas diri nya sendiri. Pada waktu malam itu agak panas seperti di waktu siang.

"Nenek nak pergi surau. Nak ikut?" tanya Nek Salmah. Aryna terdiam sebentar.

"Pergi surau? Haih! Mesti bosan. Ei, malas lah." omel Aryna. Tapi, bila dia fikirkan balik...takkan dia mahu tinggal di rumah kayu itu seorang diri.

"Duduk rumah elok-elok heh. Nenek—"

"Ehhh, tunggu. Aryn nak ikut." kata Aryna. Nek Salmah memandang Aryna atas bawah.

"Tukar lah baju. Baju kurung ada?" tanya Nek Salmah. Aryna menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Baju kurung? Aryna mana pernah pakai baju kurung. Tak selesa!" ujar Aryna. Nek Salmah menggeleng perlahan.

"Hurm, tinggal lah dekat rumah. Nenek—"

"Ehhh, nenek tunggu dulu. Erk..Aryna sarung telekung saja boleh? Pleaseee." kata Aryna bersungguh-sungguh. Nek Salmah mengeluh perlahan.

"Asalkan pakai baju sudah.."

...........................

Suasana surau darul ulum yang dipenuhi orang kampung itu merupakan budaya baru di mata Aryna. Tidak pernah dia berpijak di surau. Amat jarang sekali.

"Assalamualaikum,Aryna." sepasang tangan menyentuh lembut bahu Aryna.

"ELL?! Erm, maksud saya...Hai. Awak pun datang sini jugak?" tanya Aryna. Ell mengangguk laju.

"Dekat rumah Allah, lebih baik kita bersalaman sesama sendiri. Lagipun, kita ni pelajar SPM. Hubungan dengan tuhan juga perlu dijaga." kata Ell.

Aryna dan Ell sama-sama duduk ditengah-tengah saf jemaah wanita. Nek Salmah pula sudah hilang entah ke mana.

"Ayah saya tok imam surau, jadi saya selalu datang sini. Lepas ni, boleh kita datang surau sama-sama." kata Ell dengan satu senyuman.

"Nyesal aku ikut nenek." omel Aryna. Dia semakin mengantuk. Tidak sampai 15 minit ceramah pada malam itu, Aryna sudah menggosok-gosok mata nya.

"Uish, kenapa bising sangat kat belakang tu?" tanya Aryna. Jari Ell terarah kepada seorang jejaka yang berkulit putih dan berbadan kurus kering.

"Itu, Doyoung. Ala, perempuan datang surau ni semata nak tengok Doyoung tu je." kata Ell. Aryna mengangguk faham.

"Ei, macam mana lelaki kambing mcm tu boleh orang minat. Dahlah annoying." desis Aryna. Ell ketawa kecil.

"Kenapa? Doyoung tu baik orang nya. Banyak tolong nenek awak. Mana tau lepas SPM berkenan—"

"Eh, merepek lah. Shushhh, dalam surau tak elok buat bising." kata Aryna.

...........................

"Yah! Ppali ireona!" Aryna dikejut dengan satu jeritan daripada luar tingkap. Dia menggosok kedua belah mata nya.

"Asal kau kejut aku? Kau nak apa?!" tanya Aryna. Doyoung merengus geram.

"Dah pukul 7.30 woi! Bangun!Penat nenek kejut kau." bebel Doyoung. Aryna merengus geram.

"Bangun—" Doyoung berlalu keluar daripada bilik. Pakaian Aryna sangat menjolok pandangan mata nya. Takut orang kampung lihat jadi lain nanti.

"Mana nenek?" Aryna menggaru-garu kepala nya. Doyoung masih duduk diluar sambil menutup mata nya.

"Kau kenapa mencangkung kat sini? Tepi sikit." Aryna mengambil tuala nya lalu melangkah ke bilik air. Doyoung yang sudah menahan malu terus bangun.

"Ya allah, ampun kan dosa aku. Nenek jahat." omel Doyoung. Dia terus melangkah keluar rumah.

Aryna keluar dengan berpakaian hoodie dan seluar tight hitam. Suasana pagi itu agak sejuk dan diingin.

"Jom. Ikut aku." kata Doyoung. Kening Aryna bertautan pelik.

"Kau nak bawak aku pergi mana? Kau nak bawak aku pergi sawah ke?!" tanya Aryna. Doyoung mengeluh lemah.

"Ei, tak ingin aku nak pergi masuk bendang dengan kau. Euww. Nenek kau jual nasi lemak kat balai kampung. Jom, tolong" kata Doyoung lalu mengayuh basikal nya meninggalkan Aryna seorang diri.

"Wei, tunggu! "




ego. dy✔Where stories live. Discover now