06

301 75 6
                                    

"Ei, panas lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ei, panas lah." omel Aryna. Menyesal pula dia memakai baju yang tebal. Cuaca pada pukul 11 pagi itu sangat panas seperti di padang pasir.

"Eish, balik jelah. Orang pun dah tak de kan?" kata Aryna. Doyoung memandang ke arah Nek Salmah untuk meminta pendapat.

" Macam mana nenek? Nak balik ke?" tanya Doyoung. Nek Salmah mengangguk setuju.

"Ok, dah. Tolong kemas. Angkat bakul tu." kata Doyoung. Aryna mengeluh lemah. Sudah lah panas, lagi panas diri nya akibat marah terhadap Doyoung.

"Eish, tunggu lah." Aryna membuntuti Doyoung daripada belakang. Terasa mahu pitam rasa nya.

"Wei, aku penat lah." kata Aryna. Doyoung yang sibuk membawa kotak menoleh kebelakang.

"Penat? Ha, duduk lah kat situ. Tak yah balik." kata Doyoung lalu pergi meninggalkan Aryna seorang diri.

Aryna berasa tidak selesa. Terkejut dia apabila mendapati seluar nya kotor akibat 'period'.

"Eh, bocor pulak. Adu, macam mana ni?" omel Aryna. Kalau dia jalan melintasi Doyoung, mesti malu jadi nya.

"Ah, aku berlari lah." Aryna mengikat rambutnya. Lengan baju di tarik hingga ke paras siku. Dengan kudrat yang masih ada, dia berlari pantas memintasi doyoung.

"Uish, apa yang lalu tadi?" ujar Doyoung terpinga-pinga.

........................

"Doyoung ! Oppa ! OPPAAAA!"

Aryna terjaga daripada tidur tengah hari nya. Mask di muka nya dibiarkan. Tidak aman tidur nya akibat jeritan "peminat" Doyoung itu.

"Doyoung-doyoung, tah apa-apa yang menarik aku tak tahu lah." omel Aryna. Tingkap bilik nya dibuka.

"Oi ! Pergi balik la! Tak reti hormat orang heh?" jerit Aryna. Wanita-wanita yang mengerumuni rumah Nek Salmah itu memandang Aryna tajam.

"Ceh, pakai tudung tu tutup lah betul-betul. Baik kau tak payah pakai tudung kalau cm tu." omel Aryna. Tingkap bilik itu di tutup.

"Ha, buat ape tu." Aryna terdorong kebelakang. Nasib baik kepala nya tidak terhantuk.

"Aigoo..kau cat muka jadi warna hijau ka?" tanya Doyoung. Aryna memegang muka nya sendiri.

"Ini mask lah. Tak tahu heh? Eish, kampung betul kau ni." bebel Aryna. Doyoung berdecit kecil.

"Aku tengok kau ni...tak study pun. Kau exam kan tahun ni?" tanya Doyoung. Aryna mengeluh lemah lalu sambung tidur.

"Aku dengar, kau tak dapat phone." mata Aryna terbuntang luas. Dia bangun lalu memandang Doyoung tidak percaya.

"Kau tau phone aku dekat mana? Wei! Aku nak!" kata Aryna. Doyoung mengflip rambut nya kebelakang.

"Kau ingat aku tak tahu kau ni macam mana? Malam ni, pukul 8 sampai pukul 9." kata Doyoung. Aryna seakan mengerti apa yang dikatakan oleh Doyoung.

"Tapi, kau tak pergi surau ke? Nenek lagi?" tanya Aryna. Dia berharap, apa yang dikatakan oleh Doyoung tidak benar sama sekali.

"Nenek tak sihat. Aku jaga dia. Nak harap kan kau? Hurm, masuk longkang jelah." kata Doyoung. Aryna mengetap bibir nya sendiri.

"Mampos lah aku.."




ego. dy✔Where stories live. Discover now