"Saya rasa tak perlulah buat semua tu,saya akan bertanggungjawab dengan apa yg telah berlaku. Saya akan nikahi gadis ini"-Zafrel Adden 😔😔 "Ahhh!!! Gila agaknya aku nie... macam mana aku boleh jatuh cinta pada suami aku sendiri. -Dariesha.😫😫 *******"Gedebup!!" *********Dariesha jatuh betul-betul di dada bidang milik suaminya dan nasiblah badannya kecil sahaja. Suaminya boleh tahan impak dari tekanan badannya. Kalau tak, sudah macam anak gajah suaminya jatuh tersungkur atas lantai. "Kau dah kenapa lagi, pagi-pagi nie??" Marah Addeen yang mendakap kemas tubuh isterinya yang terhumban mengenai dadanya tadi. Habis bersepah racikan timun Jepun yang ada di tangannya tadi, dek kerana menyelamatkan tubuh isterinya dari melayang terkena bucu meja yang meruncing. Mujur jugalah, dia tidak pegang pisau. Kalau tak, tentu isterinya sudah tercedera. "Sorry... saya tak sengaja, awak..." Pohon Dariesha agar suaminya memaafkan kesalahan yang telah dia lakukan tadi. 😖😖 "Itulah... kalau jalan, perhati ke bawah. Bukan melilau pandang ke lain. Tahulah, aku nie handsome orangnya. Tapi janganlah melebih-lebih pandang tu." Marah Addeen yang merenung tepat anak mata coklat jernih milik isterinya. Cantik! Tapi sayang, bodoh! Fikirnya dan melepaskan segera rangkulan kemas tangannya yang berpaut pada tubuh isterinya tadi.😑😑 Novel nie boleh habis di sunting dan belum ada ending. Author masih memerah otak untuk mencari best happy ending after. Harap pembaca bersabar kalau update chapternya slow macam kura-kura.😊😊😊😊