14 extra

8K 200 4
                                    

“Sudah!! Cukup!! Jangan gaduh lagi ya. Kita ke sini untuk berbincang cara elok, bukan gaduh sesama sendiri.” Cepat-cepat Haji Awang leraikan kekecohan yang mahu meletus di antara mereka berdua.
“Okey!! Siapa yang setuju, mereka dihantar ke balai. Angkat tangan!” Sambung Haji Awang lagi setelah meleraikan pergaduhan anak lelakinya. Dan sebaik saja, Haji Awang berkata demikian. Hampir kesemua penduduk kampung mengangkat tangan, tanda setuju yang Dariesha dan Addeen di hantar ke balai. Memaksa Haji Awang bersetuju menghantar bakal menantunya ke balai pada pagi tersebut.
“Saya rasa tak perlulah buat semua tu, saya akan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku. Saya akan nikahi gadis ini.” Tiba-tiba Addeen bersuara menghentikan keriuhan suara orang-orang kampung yang menginginkan mereka berdua di hukum.
Dariesha yang menunduk pilu, terkejut dengan kenyataan lelaki yang baru semalam dikenalinya. Mana mungkin kenal sehari mereka terus bernikah kerana dia masih tidak tahu siapakah jejaka tersebut. Tapi tidak guna juga kalau dia menolak kerana hanya itu satu-satunya jalan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan kemarahan semua orang.
Semua orang yang bertelagah memberikan pendapat masing-masing terdiam, setelah Addeen dengan beraninya menyatakan keinginannya untuk menikahi Dariesha dan bertanggungjawab atas segala tuduhan yang dilemparkan oleh mereka.
“Betul ke kata kamu ni?” Tanya Haji Awang untuk memastikan pengakuan yang dibuat oleh jejaka tersebut serius dan bukannya main-main.
“Ya, saya serius.” Angguk Addeen dengan lemah kerana terpaksa membuat pengakuan tersebut setelah ramai yang bersetuju untuk membawa dia dan Dariesha ke balai. Dia takut nanti pekara tersebut berlanjutan dan bakal mencemarkan nama baik keluarganya.
“Siapa setuju kalau mereka dinikahkan?” Soal Haji Awang kepada orang kampung yang mulai berpuas hati dengan pengakuan dari Addeen.
“Tapi ayah, Dariesha kan sudah bertunang dengan saya.” Bidas Rizfan pula, tentang keinginan Addeen untuk menikahi Dariesha.
“Perempuan macam tu pun kau masih sayang lagi?” Marah Jazli tak henti-henti pada sahabatnya yang tidak meyetujui cadangan jejaka tersebut.
“Betul cakap Jazli tu, mereka sudah terlanjur. Baik kita nikahkan saja dari terus menangung dosa.” Sokong Nordin pula, supaya Dariesha segera dinikahkan dengan lelaki yang entah dari mana datangnya.
“Tapi…”
“Sudahlah Iz, mungkin jodoh Iz dengan Riesha takde.” Belum sempat Rizfan meluahkan kata, Nordin pantas memotong kerana dia tak mahu Rizfan nikahi anaknya yang dianggapnya sudah tak suci lagi. Dan sejurus itu, semua orang kampung menjerit…
“Ya, kami setuju. Nikahkan mereka dari terus menangung dosa.” Jerit semua orang kampung. Tanda mereka setuju akan cadangan Addeen yang mahu bertanggungjawab atas segala perbuataannya.
Dalam keterpaksaan akan persetujuan orang kampung, Haji Awang akhirnya bersetuju untuk menikahkan mereka berdua untuk menjaga aib Nordin yang sudah tercemar. Walaupun, dia tahu anak lelakinya pasti kecewa akan pernikahan Dariesha nanti. Mungkin sudah tertulis yang Dariesha dan anaknya memang tiada jodoh dan sebab itu hal yang memalukan tersebut berlaku kerana umum mengetahui Dariesha memang baik orangnya, cuma nasib yang tidak berapa menyebelahi Dariesha

Shhh!!! Aku isteri rahsia diaWhere stories live. Discover now