Hanya kerana sekeping sticky note, hubungan mereka yang dahulunya teman tapi mesra, akhirnya menjadi rengang. Fiyah kecewa. Setelah bertahun mencuba, semuanya musnah dalam sekelip mata. Dia sedar, dirinya terlalu gopoh dan gelojoh dalam mengejar cinta. Apakah daya, segalanya telah terlambat. Cinta yang kian mekar antara mereka, dibiarkan mati begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, takdir sekali lagi menemukan mereka. Kali ini dalam situasi yang berbeza, dengan kisah yang lebih mencabar. Hanya satu permintaan Harith buat Fiyah. "Tolong kahwin dengan saya, Saffiyah."
1 part