TIARA HELENA. Begitu rapat dengan mommy semenjak kematian Daddy tercinta semasa Tiara Helena berumur 6 tahun akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia masih ingat lagi janji mommy kepadanya. Tiada lelaki yang boleh menggantikan tempat arwah daddy dan tiada rahsia di antara mereka walau sekelumit. Tetapi segalanya berubah apabila Puan Karmila sudah berkahwin lain! Dengan seseorang yang sudah lama beliau kenal dari zaman sekolah rendah lagi. Merupakan seorang duda yang mempunyai anak satu... dan yang paling membuatkan Tiara Helena tidak boleh menerima hakikat bahawa mommy merahsiakan usia perkahwinannya yang sudah SETAHUN berkahwin! ~ Huh! Patutlah Mommy beria tak bagi aku balik habiskan cuti semester diMalaysia tahun lepas. Sampai hati mommy buat Tiara macam ni! ~ Semenjak daripada itu. Tiara Helena berubah perangai. Baran dengan cara yang unik. Kurang bercakap. Tetapi sekali bercakap. Tutur kata sentiasa sinis meniti di bibir... yang sememangnya mencabar kesabaran sesiapa sahaja. DAYYAN RAFAEL KIM. Sempurna dari segala segi. Tetapi seorang yang sangat dingin, serius dan baran. Merupakan pewaris tunggal DAYYAN'S HOLDINGS... dan juga merupakan MAFIA BOSS THE ZA'OS. Dia sama sekali tidak kisah papanya berkahwin lain dan sememangnya merestui mama baru. Menjadi sebahagian daripada keluarga 'The Dayyan's'...dan juga menerima bahawa dia mempunyai... so called stepsister. "Jangan sibuk hal aku! You are just nothing to me!" - Tiara Helena- ~hargai karya orang tanpa perlu CopyPaste~ © Mellbie ISR Rights Reserved 2020