"APA!!!" - Cordelia Mysha Berita yang sangat mengemparkan dan mungkin sahaja akan merubah seluruh hidupnya bahkan memusnahkan segala harapan dan impiannya yang belum sempat di kecapinya dengan keputusan orang tuanya yang ingin menjodohkannya dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. "Ed, tak nak kahwin TITIK! sekarang bukan zaman Siti Nurbayah nak main jodoh-jodoh bagai" - Dzaky Fa'ed Dirinya merasa tercabar sebagai lelaki kerana orang tuanya sudah mencarikan calon isteri yang sesuai bagi dirinya. Bagaimanakah kehidupannya saat sudah bergelar suami kepada wanita yang tidak pernah dikenali bahkan tidak dicintainya. Beberapa minggu sebelum hari bernikahan mereka,bakal pengantin bercadang untuk bertemu dan membatalkan pernikahan ini atas alasan mereka tidak saling cinta. Saat mata mereka bertembung Cordelia Mysha merasakan debaran yang sudah lama hilang dari lubuk sanubari yang paling dalam. Alangkah terkejutnya dirinya saat lelaki itu menyatakan seseorang sudah bertahta di hatinya tetapi bukan itu yang menjadi alasan mengapa gadis itu tetap ingin meneruskan pernikahan mereka. "aku tidak akan pernah menyerah untuk membuat hati mu luluh dan jatuh cinta kepada ku" - Cordelia Mysha "dia ni tidak paham bahasa melayu ke? atau aku perlu explain dalam bahasa tamil baru dia paham? suami awak ni homo la sayang.. tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan kau" - Dzaky Fa'ed