Bab 5

108 1 0
                                    

Hari yang di nanti-nanti telah pun tiba, majlis pernikahan antara Cordelia Mysha Tan Sri Lufty dan Dzaky Fa'ed Dato Ridzuan akan berlangsung dalam waktu yang terdekat ini.

Mysha merasakan degupan jantungnya semakin kencang, seisi rumahnya sudah di penuhi dengan kehadiran para tetamu yang hadir bagi menyaksikan hari bahagianya. Rombongan pihak lelaki juga sudah sampai dan tiba saatnya pengantin perempuan di arahkan turun untuk duduk di tempat yang telah disediakan sewaktu mendengar lafaz nikah disampaikan oleh pengantin lelaki.

Dengan bacaan bismillah Tok kadi selaku wakil kepada keluarga keluarga Puan Aira untuk menikahkan kedua mempelai ini. 

"aku nikahkan di kau D'zaky Fa'ed Bin Ahmad Ridzuan dengan Cordelia Mysha Binti Mohd. Lufty dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai" lafaz Tok Kadi tersebut.

Tetapi Fa'ed gagal melafazkan ijab kabul dengan sekali lafaz dan harus di ulangi sekali lagi.

Memang sengaja kan dia ni, tahu lah taknak kahwin dengan perempuan tapi takyah la salah sebut nama aku Cordelia jadi Contena, desis hati Mysha geram.

Akhirnya berjaya jugak Fa'ed melafazkan ijab kabul dan kini mereka sah bergelar suami isteri, dan kini saat Fa'ed menyarungkan cincin ke jari manis Mysha dan acara membatalkan wudhu. Mysha terpegun seketika saat Fa'ed mengucup keningnya tanpa di sedari airmatanya mula mengalir membasahi pipinya.

Setelah bersalam, menerima ucapan selamat dan tahniah daripada para tetamu akhirnya Fa'ed dan Mysha dibenarkan beristrirehat di kamar pengantin yang sudah terhias indah bagi pasangan tersebut.

"aduh...penat nye badan aku, habis lenguh seluruh badan" gumam Mysha mengurut-urut lengannya. 

Kerana merasa lelah Mysha langsung memasuki bilik mandi untuk membersihkan dirinya untuk menyegarkan tubuhnya. Fa'ed baru sahaja melangkah masuk bilik tersebut, memandang sekeliling ruangan tersebut jika isterinya ada di dalam bilik itu.

Merasa terlalu penat Fa'ed terus menjatuhkan tubuhnya di atas katil sehingga membuat matanya mula terbuai lena. 

"alamak..aku lupa bawak towel!" rungut Mysha 

Mysha baru teringat kamar mandi itu berada di dalam bilik, dengan perlahan dia melangkah keluar dengan mengunakan pakaiannya tadi dia menutupi bahagian-bahagian sulitnya untuk mengambil tuala di dalam rak pakaiannya.

Baru sahaja Mysha melangkah keluar dari kamar mandi untuk mendekati rak pakaiannya tanpa menyedari Fa'ed yang masih terlena di atas katil, tiba-tiba satu tangan menyentuh punggungnya membuat Mysha menoleh ke belakang secara perlahan-lahan membuatkannya terkejut saat melihat Fa'ed berada di atas katilnya.

"AAAAHHHHH!!!!!!!" teriak Mysha sekencang-kencangnya sehingga membuat Fa'ed terbangun dari tidurnya.

"KAU BUAT APA KAT SINI?!" Mysha menujuk ke arah Fa'ed dengan tubuhnya yang di tutupi hanya dengan pakaian pengantinnya tadi.

"ini kan bilik aku suka hati aku lah nak buat apa kat sini" kata Fa'ed bangun dari baringannya.

"aku nak kau keluar sekarang..KELUARRRRRR!!!" ucap Mysha dengan suara sedikit tinggi.

"kau dah lupa kah? kau tu dah jadi isteri aku" 

Fa'ed mula melangkah menghampiri Mysha yang semakin melangkah ke belakang sehingga tiada jalan lagi untuk Mysha berundur. Fa'ed mengunci kiri kanan Mysha dengan kedua lengannya.

Wajah mereka sangat dekat saat ini sehingga hembusan nafas Fa'ed boleh terasa di wajah Mysha, Fa'ed mengengam tangan kanan Mysha lalu mengangkatnya sehingga menghentak almari di belakang Mysha. 

Terasa air liur yang ditelan saat itu sangat pahit, Mysha merasa nafasnya seakan sesak dengan keberadaan Fa'ed yang masih berada di depannya saat ini. 

"apa kau dah lupa waktu aku sarungkan cincin ni kat jari kau?" kata Fa'ed memandang cincin di jari manis isterinya kemudian kembali merenung kedua mata redup gadis itu. 

Wajahnya semakin hampir dan hampir membuat tubuh Mysha bergetar, tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk dengan kencang. 

"Isha? Ed? korang baik-baik je kan? tadi mama dengar Isha menjerit, ada apa-apa yang jadi ke?" tanya Puan Sri Aira cemas setelah mendengar jeritan anaknya.

"takde pa mama, Isha ni je masih malu-malu dengan Ed" jawab Fa'ed masih merenung wajah Mysha tanpa henti dengan senyuman nakalnya.

"ohh..mama ingatkan apa tadi, nanti turun tau banyak lagi tetamu nak jumpa kamu berdua" 

Pesan Puan Sri Aira kembali turun ke tingkat bawah untuk melayani tetamunya.

"okay mama" jawab Fa'ed 

Dengan perlahan Fa'ed mendekatkan lagi wajahnya sehingga kening mereka bertembung, masing-masing memandang mata mereka. 

"aku akan buat kau menyesal kerana berkahwin dengan aku" 

Fa'ed merenung tajam ke arah Mysha lalu meninggalkan Mysha untuk masuk ke kamar mandi.

Mysha terduduk saat Fa'ed masuk ke kamar mandi, nafasnya tidak menentu manakala degupan jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas lari marathon. 

Nasib baik aku tak pengsan tengok mata dia yang indah tu, ish Isha get yourself straight! gumam Mysha pada dirinya sendiri setelah rapi berpakaian.

"tak mungkin dia akan suka kan kau, IMPOSSIBLE!

Mysha mengingati dirinya sendiri lalu turun menemui mamanya dan para tetamu mereka yang masih ada.

Suami Aku Mr.GWhere stories live. Discover now