Bab 1

592 11 0
                                    

Terik matahari memancar menyelubungi setiap isi ruangan kamar, sekujur tubuh mengeliat malas di atas katil, rasa lelah semalam masih terasa membuat gadis itu malas untuk bangkit dari tempat tidurnya. 

"CORDELIA MYSHA!" terdengar suara lantang seorang wanita sambil mengetuk pintu biliknya.

"KEJAP!" balas Mysha

Dengan perasaan malas dipaksanya juga untuk bangun membuka pintu kamarnya, Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an berdiri di hadapannya saat ini dengan kedua tangannya di pinggang memandang wajah Mysha seakan ingin menerkam dirinya saat itu.

"aduh Kak Niesha ni pagi-pagi dah bising, orang baru nak mimpi tahu tak" rungut Mysha terasa tidurnya terganggu.

"amboi, baru nak mimpi konon, tengok jam dah pukul berapa sekarang?" perli Niesha dengan gaya gediknya menunjuk jam di tangan kirinya.

Dengan perasaan malas Mysha mengusap matanya untuk melihat jam tangan milik kakaknya. Matanya membesar saat melihat waktu yang tertera di atas jam tersebut.

"dah pukul 7 pagi, masih nak mimpi lagi?" Niesha geleng kepala memikirkan adik bongsu nya yang satu ini.

Tanpa melengahkan waktu Mysha langsung menutup pintunya mencapai tuala mandi berlari menuju kamar mandi yang memang sudah tersedia di bilik tidurnya. 

Dengan terburu-buru Mysha menuruni anak tangga bergegas untuk keluar dari rumah tetapi baru sahaja dia ingin melangkah satu suara yang cukup dikenali memanggilnya membuatnya harus berpaling menuju ruangan makan. 

"sarapan dulu Isha, tak baik biarkan perut kamu kosong ke kolej", pesan wanita dalam lingkungan usia 40-an yang berkerja sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.

"Isha dah lambat la mama, nanti Isha breakfast kat kolej jelah" tanpa berlengah masa Mysha mengambil teko yang berisi teh tarik.

"tulah dah suruh tidur awal semalam, tapi tuan puteri kita ni malah sibuk dengan dunia maya dia" desis Niesha yang duduk di samping Mysha.

"mana ada, semalam Isha.." 

"apa..apa..jangan nak menipu ya" kata Niesha menunjuk ke wajah Mysha

"sudah..tak baik bergaduh depan rezeki, kalau taknak sarapan sentuh sedikit makanan ni Isha" pesan mama

"thank you mama, sayang sangat dekat mama" kata Mysha merangkul bahu mamanya lalu memberikan sekilas kucupan di pipinya.

"untuk akak mana?" Niesha seakan merajuk

Mysha hanya tertawa geli hati mendengar ucapan kakaknya tapi di lakukannya juga dengan memberika kucupan ringkas di pipi gadis yang 4 tahun lebih tua dari dirinya itu. 

"Isha pergi dulu ya, Assalamualaikum" ujar Mysha setelah bersalam dengan keluarganya lalu pergi menaiki keretanya menuju Kolej Utama Damansara.

Hampir 4 kali Mysha mengelilingi kawasan tempat letak kereta tidak ada satu pun tempat yang kosong untuk meletakkan keretanya. Rezeki depan mata sebuah kereta keluar membuat Mysha bersorak riang setelah hampir setengah jam dia mencari tempat kosong akhirnya ada juga.

Baru sahaja dia ingin masuk sebuah kereta hitam Honda Cr-Z tidak tahu muncul dari arah mana tiba-tiba datang dan mengambil tempat tersebut membuat Mysha bengang dan hampir sahaja kereta mereka berlanggar kerana pemandu tersebut hanya main terjah masuk.

Mysha terpaksa mengalah dan hanya melintasi kereta tersebut, sebelum pergi dia sempat mengintip pemandu yang mencuri tempat letak keretanya, dua orang lelaki keluar dari kereta dengan bermimpin tangan menuju kolej.

"ish..tak bertepis langsung la mereka ni, kalau lecturer  nampak tak ke haru jadinya" desis Mysha meneruskan pemanduannya tidak ingin berlama-lama disitu.

Dengan keadaan tergesa-gesa Mysha berlari menuju kelasnya, perlahan-lahan dia masuk ke dalam kelas melihat kiri kanan takut lecturernya menyedari dirinya akhir.

"CORDELIA MYSHA!!" 

Semua mata tertuju kepadanya yang masih berdiri di belakang membuat Mysha tersentak tidak menyangka lecturer mereka akan menyedari ke hadiran dirinya dalam keadaan sibuk mengajar sekarang.

"apa alasan awak datang akhir kali ni?" tanya Prof. Ahza merenung tajam ke arah dirinya.

"begini Prof, tadi waktu saya drive tiba-tiba ada makcik ni nak lintas jalan so saya stop la nak tolong dia, takkan la nak biar dia jalan seorang kan kesian makcik tu" jawab Mysha

"takkan nak tolong pun sampai lebih 45 minit baru nak masuk kelas saya" kata Prof.Ahza

"sebab makcik tu berjalan pakai tongkat dan harus bergerak slow-slow untuk sampai ke seberang" 

"sebenarnya awak tolong makcik tu atau awak tolong kura-kura lintas jalan Mysha", Prof.Ahza tidak puas hati dengan jawaban pelajarnya itu.

"tentu lah orang Prof, mana ada kura-kura lintas jalan pagi-pagi ni kan cuaca panas nanti makin lambat pula dia nak menyeberang" jawab Mysha 

"sudah Mysha, nanti makin merapu pulak alasan awak..duduk sekarang" tegas Prof.Adza

Mysha hanya tersenyum mendengar ucapan lecture mereka, waktu istrirehat Mysha tidak sengaja bertembung dengan lelaki yang mengambil tempat letak keretanya tadi berjalan dengan pasangannya membuat Mysha merasa meluat melihat mereka.

"meluatnya aku tengok mamat ni, dah lah tak mintak maaf sebab ambik parking aku, ni dengan selamba je dia jalan depan aku dengan 'boyfriend' dia" desis Mysha dalam hati.

"Hoi, pandang apa tu? dah lah datang lambat sekarang main pandang-pandang pulak dia" sindir Luna berdiri di samping Mysha dan Putri. 

Mysha menarik tangan Luna dan Putri pergi dari situ, takkan ingin pasangan tadi menyedari dirinya sedang memerhatikan mereka dari tadi. 

******************

Baru sahaja Mysha ingin melangkah masuk kedalam keretanya telefon bimbitnya berbunyi menandakana ada mesej masuk.

hey gadis manis..awak buat apa? sibuk ke?

Bibirnya mula mengulum senyuman saat membaca bait kata dari mesej itu, sejak beberapa hari ini hanya lelaki yang hanya ingin di kenali sebagai Daf itu yang sering menghibur dan menemani dirinya saat dia sedih mahupun marah kerana hal tertentu.

saya masih kat kolej..awak kat mana?

Dengan pantas Mysha mengetik telefon bimbitnya membalas mesej lelaki yang dikenalinya beberapa bulan yang lalu di alam maya. Setiap kali mesej baru masuk tanpa henti Mysha tertawa dan tersenyum seorang diri sambil memandu pulang ke rumahnya.

Suami Aku Mr.GDonde viven las historias. Descúbrelo ahora