Bab 7

122 2 0
                                    

Fa'ed dan Mysha bersiap-siap untuk tidur, tidak seperti pasangan suami isteri yang baru berkahwin Mysha tidak ingin tidur sekatil dengan Fa'ed dan lebih rela tidur di lantai dengan beralaskan tikar lembut dan selimut yang memang dari awal lagi sudah Mysha sediakan.

"aku nak tahu hubungan kau dengan Ryan tu apa?" tanya Fa'ed memerhatikan tingkah laku Mysha sejak tadi bolak balik mengambil barang di atas katil dan di pindah ke atas lantai.

"kitorang kawan je" jawab Mysha ringkas

"takyah tipu lah, dia tu boyfriend kau kan?" tanya Fa'ed

"awak ni tak paham melayu ke apa? kan saya kata kitorang kawan, tak paham ke?" Mysha berdiri merenung tajam wajah Fa'ed

"kalau betul dia boyfriend saya, buat apa dia datang majlis kahwin saya? buat sakit hati je kan" jawab Mysha

"suka hati awak lah", Fa'ed pulak terasa geram lalu naik ke atas katil mereka.

Tanpa di sedari Fa'ed mula menggunakan panggilan awak terhadap Mysha membuat Mysha tersenyum senang mendengarnya.

Fa'ed menoleh kiri kanan katilnya mencari kelibat Mysha tetapi tetap di kelihatan, mana isteri aku ni? perasan tadi takde bunyi pintu di buka pun, tanya Fa'ed dalam hati.

Fa'ed bangun dari pembaringannya mencari Mysha, baru sahaja dia hendak turun dari katil Mysha turut bangun dari baringannya.

"awak buat apa kat bawah katil?" tanya Fa'ed hairan

"tidur lah..nak buat apa lagi? takkan nak masak pulak" jawab Mysha

"yang awak tidur kat bawah dah kenapa?" Fa'ed merasa hairan dengan perangai pelik isterinya

"yelah saya kan perempuan, takkan awak nak tidur dengan saya kot" jawab Mysha

"apesal pulak? awak kan isteri saya" Fa'ed bingung

"kan awak tak suka perempuan, awak sukanya kat 'lelaki' je" sengaja Mysha menekan perkataan lelaki itu. 

"tak payah nak mengada-gada sangat naik sini cepat" arah Fa'ed sambil menghempuk tempat tidur khusus buat Mysha di sebelahnya.

"taknak..nanti awak buat macam-macam kat saya pulak" kata Mysha menutup tubuh dengan selimut.

"lah..awak ni dah kenapa? saya kan suami awak suka-suka saya lah nak buat apa kat awak" jawab Fa'ed tersenyum nakal sengaja ingin melihat reaksi Mysha.

"tu kan, belum apa-apa dah nak jadi hulk"rungut Mysha

"tak payah nak menjawab sangat, cepat naik sebelum aku betul-betul jadi hulk karang", Fa'ed memberi amaran

"taknak..saya taknak tidur dengan awak" rungut Mysha berpaling 

"degil betul lah bini aku ni, nanti tak pasal-pasal orang kata aku dera isteri pulak kang"

"biarlah..lagipun saya selesa tidur kat bawah", Mysha kembali baring di tempat tidur.

"ish budak ni kan",  Fa'ed bangun dari katilnya sambil mengambil bantalnya berjalan menghampiri tempat tidur Mysha.

"apa awak buat ni?" Mysha terkejut Fa'ed tiba-tiba baring di sebelahnya.

"dah awak taknak tidur kat atas katil so saya temankan awak tidur kat lantai lah" Fa'ed memalingkan tubuhnya tidur membelakangi Mysha.

Mysha hanya tersenyum melihat Fa'ed sanggup tidur di lantai disebabkan kedegilannya tak mahu tidur di atas katil dengan suaminya.

"Sorry..." ucap Mysha lalu melelapkan matanya

Sebenarnya Fa'ed belum tidur, dia merasa sedikit senang mendengar ucapan maaf Mysha. Tidak berapa lama Fa'ed ikut terlena dibuai mimpi indah.

*************

"ni rumah siapa?" tanya Mysha

"Ni rumah baru kita" jawab Fa'ed sambil mengangkat barang-barang mereka.

"korang kan baru kahwin takkan nak pindah? duduk lah sini dua tiga hari lagi" air muka Puan Sri Aira mula berubah

"tak boleh mama, besok Ed dah kena masuk pejabat dan rumah Ed tu dekat dengan tempat kerja Ed" jawab Fa'ed

"alah..mama janganlah sedih, Isha janji..Isha akan selalu jenguk mama kat sini.." 

Mysha memeluk erat tubuhnya Puan Sri Aira sebelum masuk ke dalam kereta. Tidak pernah menyangka dia akan berpisah dengan mamanya secepat ini, dia juga tak pernah terpikir akan bersuami dalam waktu yang terdekat ini.

***************

"awak ni dah kenapa? depan pintu pun awak sempat berangan ye Puan Mysha" tegur Fa'ed membuat Mysha tersedar dari lamunannya.

"kat rumah ni awak boleh buat apa je yang awak suka tapi awak tak di benarkan masuk ke dalam bilik saya tanpa kebenaran saya terlebih dahulu, paham?" Fa'ed memberi amaran

"bilik saya kat mana?" Mysha meneliti setiap ruangan rumah tersebut.

"bilik awak pintu nombor dua kat atas"

**************

Baru sahaja Mysha selesaia menunaikan solat maghrib, dia mendengar bunyi kunci kereta membuatnya tertanya-tanya, dia nak pergi mana ye? desis hati Mysha ingin tahu.

Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya, Fa'ed kelihatan berpakaian rapi bersedia untuk pergi.

"awak nak ke mana?" tanya Mysha

"aku nak jumpa kawan-kawan aku..dah lama tak jumpa diorang, awak tak payah tunggu saya" Fa'ed langsung keluar sebelum Mysha sempat berbicara.

Terus aku? tinggal sorang kat rumah ni? Aduh suami macam apalah dia ni nasib kau lah Isha dapat laki yang suka kaum sejenis ni, gumam Mysha dalam hati.

Fa'ed menemui kawan-kawan nya yang masih bujang, Leo juga ada bersama mereka.

"yo bro, tak sangka pulak kau datang malam ni"

"apasal kau cakap macam tu?"

"yelah pengantin baru, susah nak lepas dari bini la kata kan" sindir Razif mengelakan Fa'ed

"ehem..macam 'panas' lah kat sini, jom Ed kita duduk kat dalam 'sejuk' sikit" 

Leo dah bangun dari tempat duduknya tidak senang dengan gurauan Razif

"lupa pulak 'awek' dia ada kat sini hahahaha" sindir Razif lagi memandang Fa'ed dan Leo masuk ke dalam café tersebut.

"ish geram betul I dengan Razif tu..memang nak kena dengan aku lah tu!" gumam Leo seraya duduk di meja baru mereka.

"dia gurau je tu, you ni macam tak kenal dia je" Fa'ed menenangkan kekasihnya

"nak gurau pun tak payahlah nak ungkit pasal perkahwinan you, apa dia lupa yang you tu dah ada I"

Pening kepala Fa'ed memikir sifat Leo, kalau lihat dari luaran mana-mana gadis yang melihatnya pasti akan cair apalagi dengan susuk tubuhnya yang sasa dan wajahnya mirip Joseph Vincent mesti orang tak menyangka dia seorang homoseksual.

"walaupun you dah kahwin you jangan lupa kat I pulak, kalau tak I cakap kat parents you tentang hubungan kita" ugut Leo memberi amaran.

"tak mungkinlah, kan you tahu I sayang you sorang je" mendengar ucapan Fa'ed, Leo coba menyentuh tangannya tetapi di tepisnya membuat Leo terkedu.

"you ni dah kenapa?" marah Leo puas hati

"kita kat Malaysia bukan kat UK, lagipun I dah kahwin kalau orang lain nampak mesti diorang pikir yang bukan-bukan pasal kita"

"dulu you tak kisah pun bila I pegang tangan you atau peluk you kat public", rajuk Leo

"kan waktu tu kita still kat UK, you kena ingat perjanjian kita dulu takkan buat perkara yang dulu tu lagi bila I dah kahwin kan?"

"tapi sampai bila?" Tanya Leo sedikit geram 

"Sampai I ceraikan isteri I nanti" jawap Fa'ed menyakinkan Leo.

Suami Aku Mr.GDonde viven las historias. Descúbrelo ahora