Bab 9

80 1 0
                                    

Wajah Fa'ed semakin berubah menjadi merah dan peluh tak henti-henti mengalir membasahi wajahnya yang tampan itu.

"awak masak apa ni?"

"kenapa? Tak sedap ke masakan saya tu?" Mysha pura-pura merajuk

"sedap apa nye? PEDAS GILER!" Fa'ed mencapai gelas berisi air lalu meneguknya cepat sampai ada yang menitis mengena pakaiannya.

"saya makan macam biasa je tak pedas pun"

"but saya makanan yang makan ni pedas, awak letak berapa biji lada hah?!" getus Fa'ed seraya mencapai jag air langsung di teguknya sampai habis membuat Mysha tertawa geli hati melihat tingkahnya.

"kalau awak tak suka masakan saya pun tak payah lah nak tuduh saya yang bukan-bukan" Mysha pura-pura merajuk bangun menuju dapur dengan membawa pinggannya.

"lepas ni saya taknak masak untuk awak lagi!" marah Mysha berlalu masuk ke bilik tidurnya.

Ai? Dia pulak yang marah kat kita? Sepatutnya saya yang marah ini tak dia pulak yang marah kat saya. Setelah merasa pedas dimulutnya hilang Fa'ed naik ke atas menujuk bilik Mysha mencoba untuk memujuk sang isteri.

"Isha? Awak marah ke?" Fa'ed mengetuk pintu biliknya tetapi tiada jawapan.

"saya minta maaf, saya bukan kata masakan awak tak sedap tetapi cuma pedas sangat tu je..awak tahu kan saya tak tahan pedas, maaf kan saya ye" pujuk Fa'ed tetap berusaha mengetuk pintu bilik.

"Isha buka lah pintu ni, tak kesian kat suami awak ni ke?" rayu Fa'ed

Tak henti-henti Fa'ed memujuk sehingga akhirnya dia mengalah dan memilih untuk tidur di biliknya. Lebih baik aku biar dia tenang dulu, perempuan ni kalau marah memang macam ni lah geram betul!

******************

Kedengaran bunyi dentuman petir membuat Fa'ed terbangun dari tidurnya, baru saja dia hendak melelapkan mata tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Dengan malas Fa'ed membuka pintu dan Mysha berdiri di hadapannya dengan gaun tidur paras lutut membuat Fa'ed terkedu menatapnya.

"boleh saya tidur dengan awak tak?" Tanya Mysha gugup

"kenapa pulak?"

"saya takut.."

"takut? Bukan ada hantu kat rumah saya ni" getus Fa'ed mengusap matanya yang masih mengantuk.

DOOMM!!!

"arrrrr..." Mysha berteriak tanpa sedar terus memeluk tubuh Fa'ed erat terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat sehingga membuat Fa'ed terkaku dengan tindakannya.

"yelah awak boleh tidur kat bilik saya" Mysha hanya mengangguk setelah melepaskan pelukannya.

Fa'ed masih berdiri memandang Mysha yang sudah terbaring di katilnya, Fa'ed mengambil satu bantal lalu meletakkannya di atas sofa. Baru sahaja dia ingin melangkah dentuman petir kedengaran lagi secara tidak reflexe Mysha menarik tangan Fa'ed membuat Fa'ed menoleh ke arahnya.

"awak temankan lah saya tidur kat sini" pujuk Mysha dengan matanya yang berharap agar Fa'ed menemankannya.

"takpe awak tidur je kat sini, saya tidur kat sana" kata Fa'ed menunjuk ke arah sofa tidak jauh dari katilnya.

"tapi saya takut" Mysha menunjukkan wajah sedihnya memohon agar Fa'ed mahu menemaninya.

Melihat perubahan dari raut wajah Mysha yang seakan ingin menangis akhirnya Fa'ed mengalah dan baring di sebelah tempat tidur Mysha. Kerana terlalu takut Mysha seakan lupa tentang keberadaan Fa'ed di sampingnya lalu memeluknya erat.

Suami Aku Mr.GWhere stories live. Discover now