Sameer Raess & Aisy Dahlia Hidup tidak akan sempurna tanpa tiupan ujian yang menggegarkan kehidupan kita. Pertemuan pertama mereka yang sangat berharga buat Raess yang setia menunggu Aisy untuk menghiasi taman hatinya yang masih belum berpenghuni akhirnya berjaya disaat akhir pertemuan mereka. Bahagia mereka sungguh dicemburui masa. Ujian yang ditempuhi Raess ketika dia bersusah payah mengambil hati Aisy tidaklah setanding dengan kesusahannya untuk melepaskan kekasih hati itu pergi jauh dari hidupnya. Air mata Aisy yang tidak berhenti dari mengalir keluar menambahkan lagi luka hatinya. Sukarnya ujian kehidupan mereka ditambah dengan kehadiran bekas teman wanita Raess yang sedaya upaya mengambil Raess dari Aisy. "Aku kenal kau ke?" ~ Raess "Saya patut pergi, dia dah ada yang lain." ~ Aisy "Aku sayang dia, bukan kau!" ~ Raess Senyuman yang dulunya mekar menggantikan mutiara jernih Aisy tidak lagi menghiasi bibir itu. Dirinya masih sahaja seperti dulunya, cengeng, hati tisu. Kesunyian malam ditemani esakan tangisan yang menceritakan pelbagai rasa. Pengakhiran kisah mereka yang menanti untuk dibaca si penggemar. Permulaan yang sentiasa mencari penghujungnya. Adakah peluang kedua untuk mereka berbaik semula? Apakah pengakhiran kisah ini? Bahagia atau sarang kedukaan yang menanti? Start : 10:23 PM / 25.4.2023 End :