Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam diam sepanjang mereka berteman. Apatah lagi apabila dia menerima layanan yang sungguh dia mahukan sejak kecil disebabkan kehidupannya yang sentiasa huru hara. "Biasanya gadis yang rapuh seperti saya akan berharap agar satu hari nanti, dia bakal diberikan lelaki yang boleh sembuhkan luka yang dia simpan sejak kecil. Tapi saya hanya berharap semoga Tuhan sentiasa berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk terus bertahan." - Adella Hilya "Tapi kalau saya mahu jadi lelaki itu, awak sudi terima?" - Syed Aryan Namun kehadiran seorang pensyarah yang sentiasa berusaha untuk menarik perhatian Adella Hilya menyebabkan gadis itu menarik Syed Aryan ke dalam hidupnya sebagai penyelamatnya. "I said come with me!" - Dr Keith. "Saya tak nak lah, Dr. Boleh tak Dr jangan paksa saya? Saya tak selesa. I don't like you." - Adella Hilya Dr Keith yang tidak putus asa cuba meraih Hilya membuatkan gadis itu semakin dihambat kerisauan. Berjayakah Hilya terlepas daripada Dr Keith?