Cerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang melukakan itu merupakan satu pengajaran yang terbesar dalam hidupnya. Lalu, Faradhiya mengambil keputusan untuk mengutamakan diri sendiri. Tidak peduli jika dunianya semakin mengecil dan dia terasing. Asalkan dia tidak disakiti lagi. "Saya sudah rasa cukup dengan cara saya sekarang. Sunyi itu sakitnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan pengkhianatan."- Nur Faradhiya. Sehingga hadirnya seorang Ghaz Ukasyah. Lelaki itu sabar memunggah satu demi satu batu tebal dari tembok tinggi yang dibina oleh Nur Faradhiya. Dia tahu apa yang dia mahu. Nur Faradhiya. Dia hanya perlu sabar dan kuat untuk memasuki ruang dalam yang selama ini terkunci, dan memahami rasa yang selama ini tertanam dalam akibat pengkhianatan lelaki lain. "Saya akan terus disini. Sabar dan terus sabar menanti penerimaan Faradhiya. You are too exquisite to be left alone."